Friday, May 14, 2010

Ahli Parlimen Wangsa Maju Keluar Parti


Sejak 21 April lalu, khabar angin yang bertiup kencang bahawa Wee Cho Keong, adalah pemimpin PKR yang bakal melompat tetapi beliau enggan mengulas apabila diajukan soalan berkenaan.

Hanya pada hari ini , dalam satu sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa di pusat khidmatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Wee Cho Keong mengumum keluar dari PKR serta meletakkan semua jawatannya didalam PKR termasuk ketua PKR Wilayah Persekutuan. Beliau menjadi ahli parliment bebas berkuat-kuasa hari ini yang merupakan satu lagi tamparan hebat kepada Pakatan Pembangkang menjelang menghadapi PRK Sibu tidak berapa hari lagi.

Wee memberitahu salah satu sebab yang membuatkan beliau bertekad keluar daari PKR ialah kegagalan pimpinan parti menyelesaikan isu skandal pasir di Selangor. Wee telah bersuara mahu satu Suruhanjaya Diraja dibentuk menyiasat skandal berkenaan. Selain itu sebelum ini beliau beberapa kali membuat kenyataan bernada kritikal terhadap kepimpinan PR.

Satu demi satu ahli dan pemimpin PKR keluar parti. Dari sumbar-sumbar yang boleh dipercyai, lima lagi Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Rasanya tidak perlu tunggu hingga Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana dalam masa terdekat ini, parti itu akan hancur, Masaalah dan musibah datang silih berganti kepada DSAI. Adakah kita boleh bergantung harap kepada parti sebegini. Masaalah dalaman mereka sendiri tidak dapat diselsaikan, bagaimana pula hendak mentadbir dan memerintah negara serta menyelsaikan masaalah rakyat. Apa masih tidak sedar lagi kah kita semua. UMNO atau BN bukanlah satu parti yang sampurna, tetapi terbukti parti tersebut telah lebih 50 tahun memerintah dan memakmorkan negara. Dari negara berstatuskan pertanian meningkat kini kesebuah negara industri dan kini negara mengorak langkah untuk mencapai taraf negara maju. Semoga negara terus dibawah pemerintaahan BN berteraskan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik