Wednesday, May 19, 2010

China Akan Jadi KM Sarawak - Apa Yg Tersirat

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang dimenangi DAP, merupakan peringatan kepada parti komponen kaum Cina dalam BN.

Parti Cina di dalam BN mesti ada perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada BN.

Dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, calon DAP Wong Ho Leng merampas kerusi parlimen Sibu dengan mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron yang meraih 232 undi.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan Wong dengan majoriti 3,235 undi.

Sejak Mac 2008, nampaknya sokongan kaum cina kepada DAP telah meningkat. Faktor ini merupakan penyumbang kepada kekalahan BN di Sibu.

Kaum cina merasakan bahawa DAP telah membawa angin perubahan yang berlaku di Semenanjung. Angin perubahan yang dibawa mungkin dengan menceritakan tentang kejayaan mereka di Pulau Pinang.

Selain itu mereka juga termakan janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi peluang kepada kaum Cina dalam pentadbiran negara jika beliau dipilih sebagai perdana menteri.

Para pengundi Sibu belum mengenali Anwar secara dekat, oleh sebab itu mereka termakan apa yang diucapkan oleh pemimpin Umum PKR itu.

Mereka juga tidak mengetahui bahawa ketua pembangkang bijak menaburkan janjinya yang berlainan mengikut kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India demi kepentingannya.

Keputusan PRK Sibu bukan lah menggambarkan keputusan penerimaan secara umum oleh penduduk akar umbi Sabah dan Sarawak. Keputusan PRK Sibu adalah keputusan terpencil, yang berkait rapat dengan isu tempatan.

Kekalahan BN kerana faktor calon yang tidak disukai penduduk kerana faktor monopoli perniagaan keluarga LAU. Selain itu, isu-isu tempatan yang gagal diselesaikan oleh mendiang Robert Lau, juga menyumbang kepada kekalahan BN.

Perlu diingat juga, bahawa sebelum ini pun kawasan Sibu pernah dimenangi oleh DAP dengan mengalahkan pemimpin utama SUPP Datuk Wong Song Kai. Namun, sejak tahun 1990 sehingga 9 April lalu, kawasan Sibu telah diwakili BN.

Bagi pemimpin Pakatan, jangan dulu mendabik dada, adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. BN akan berkerja keras untuk merampas P212 Sibu pada PRU-13 akan datang.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik