Tuesday, May 25, 2010

Keadilan Yang Tak Adil

Kerajaan negeri Selangor mengenakan kadar premium yang berbeza bagi tanah-tanah di kampung Melayu
tradisional berbanding kampung-kampung baru. Ketika ini kadar premium ke atas tanah di kampung
tradisional Melayu ialah RM10 bagi satu kaki persegi berbanding hanya RM1 bagi keluasan
yang sama untuk kampung baru.

Situasi yang berlaku di kawasan Sekinchan jelas menunjukkan corak pentadbiran kerajaan
pakatan pembangkang adalah berat sebelah dengan lebih mengutamakan kaum tertentu sehingga
meminggirkan orang Melayu. Tindakan itu hanyalah bermotifkan politik untuk mendapat sokongan
kaum Cina memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan tersebut daripada DAP.

Adakah ini yang dinamakan keadilan yang dilaung-laungkan? Jika kerajaan negeri sering mendabik dada
mengatakan mereka adil dalam pentadbiran, kenapa dalam soal ini mereka bersikap sebaliknya?
Apakah kerajaan negeri pada hari ini hanya tunduk kepada desakan bagi kepentingan satu kaum sahaja?

By Wajabangsa/25.5.2010.
Sumbar: Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik