Sunday, May 23, 2010

Lesen Judi Wajar Ditarik Balek

TPM berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen judi pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia. Beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu. Kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pehak.

Agak aneh, dizaman IT ini, berita tersebar cukup pantas dan kini seluruh Malaysia dari berbagai peringkat rakyat sebok mrmperkatakan topik panas ini, namun Timbalan Perdana Menteri kita masih lagi belum mendapat makluman. Agaknya Timbalan Perdana Menteri masih lagi bergantung kepada akhbar-akhbar arus perdana yang sudah tentu hanya akan menceritakan perkhabaran gembira dan bersifat mengampu.

Dalam keadaan apa sekalipun, kerajaan wajib menamatkan kemelut ini dengan menghentikan dan memansuhkan semua bentuk lesen perjudian. Disamping itu kerajaan juga wajib pada masa yang sama melipatgandakan usaha membentras dan memerangi sindiket-sindiket perjudian haram tanpa takut dan was-was.

Pandangan Islam dalam soal judi memang sudah terang dan nyata. Tidak ada agama di dunia ini yang menghalalkan perjudian. Pendek kata didalam Islam, apa juga yang berkaitan dengan judi adalah haram.

Sewajarnya kerajaan membuat kajian mendalam terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Alasan rapoh kerajaan mengeluarkan lesen menghalalkan judi kerana mahu mengelakkan judi haram amat tidak dapat diterima ramai. Sewajarnya dipertimbangkan juga kemudaratan yang lebih besar akibat dari pengeluaran lesen judi tersebut.

Tidakkah kita terfikir dan adakah dapat dipastikan dengan bertambahnya pusat-pusat judi yang dikatakan hanya untuk orang bukan Islam, umat Islam tidak akan terlibat. Sudahkah kita membuat kajian mengenainya. Tahukah kita betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun masing-masing tahu bahawa judi itu haram dan dengan jelas umat Islam dilarang masuk di premis tersebut. Begitu juga apa yang terjadi dipusat-pusat perjudian yang lain-lain tambah-tambah dipusat perjudian terbesar di Genting Highland.

Kiranya kemungkaran ini terus berleluasan, hakikatnya yang menjadi mangsa adalah umat Islam sendiri. Kerajaan sepatut mengambil pendekatan berani kerana benar, takut kerana salah. Yang putih tetap putih dan hitam tetap hitam, begitu juga yang haram disisi ugama ianya tetap haram. Jika UMNO berpeggangn dengan prinsip ini dan melaksanakan ajaran islam, adalah amat diyakini, Melayu tidak akan berpaling tadah. Insyallah.

Posted by. Wajabangsa/23.5.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik