Friday, May 7, 2010

Lagi Fasal Aminulrasyid

Ramai diantara kita bersimpati dan turut berasa sedih diatas peristiwa yang menimpa keluarga Aminulrasyid. Tidak kurang juga yang menyatakan pendirian secara emosi tanpa usul periksa, menyalahkan pehak polis dengan berbagai-bagai kata nista. Baru-baru ini ada pula pemimpin sebuah parti politik yang agak sudah terlebih sehingga mengeluarkan pendapat bahawa Musa Hassan tidak layak menjadi KPN ekoran peristiwa tersebut.

Saya tertarik kepada satu tulisan oleh A Kadir Jasin dalam blognya yang bertajuk 'Tragik Bila Ibu Bapa Abaikan Tanggongjawab'. Saya c&p bahagin-bahagian tertentu tulisan tersebut untuk renongan dan iktibar bersama:

"Kita diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.

Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.

Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi.

Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi. Ia sekadar “tragic” – menyedihkan atau menghibakan.

Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” yang tidak sepatutnya berlaku kerana budak 15 tahun tidak layak memandu kenderaan bermotor.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.

Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).

Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.

Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”. Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.

Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?

Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.

Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin. Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.

Dan terlanjur Perdana Menteri, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.

Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal".

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik