Thursday, May 13, 2010

Lesen Judi Piala Dunia Lulus

Akhirnya terserlah jua. Kementerian Kewangan, melalui Timbalan Menterinya, Datuk Chor Chee Heung mengumumkan bahawa Lesen Judi Pertaruhan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia telah diberi kepada sebuah syarikat tempatan.

Dikatakan lesen berkenaan bukan lesen baru tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan. Syarikat pernah menerima lesen tersebut dalam tahun l987 dan telah dipulangkan semula kepada kerajaan dalam tahun l990 kerana kurang sambutan. Dari punca yang lain, dikatakan lesen berkenaan dikeluarkankan kepada Berjaya Group semalam.

Sebagaimana alasan asal, lesen dikeluarkan memandangkan banyak kes perjudian secara haram dilapurkan masa kini. Oleh itu setelah penelitian dibuat kerajaan telah menimbangkan permohonan tersebut dengan harapan aktiviti-aktiviti perjudian pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau oleh pehak berkuasa.

Dalam mempertimbangkan lesen perjudian tersebut, Kementerian Kewangan telah membuat beberapa garis panduan kepada syarikat berkenaan yang wajib dipatuhi. Diantaranya, orang Islam tidak boleh terlibat didalam aktiviti perjudian tersebut, samada menjadi pekerja atau pelanggan. Aktiviti perjudian dihadkan sebanyak 200 cawangan sahaja diseluruh negara, tidak termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dengan kebenaran ini, maka bergembiralah tawkey-taawkey dan taik-taik judi. Maka bebaslah mereka berjudi sesuka hati sebagaimana rakan-rakan di Singapura, Hongkong dan negara-negara yang sewaktu dengannya.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah pula aktiviti-aktiviti haram yang lain yang tidak terkawal oleh kerajaan walaupun telah berpuluh tahun memeranginya namun aktiviti-aktiviti haram tersebut terus giat. Adakah kerajaan akan mengeluarkan juga lesen kepada aktiviti-aktiviti tersebut jika ada tawkey-tawkey tertentu memohonnya. Pelacuran misalnya. Aktiviti ini boleh dijadikan satu industri yang boleh menjana kewangan yang banyak dan untuk menarik pelancung asing kenagara kita sebagaimana negara-negara jiran disekeliling kita.

Satu lagi kegiatan haram yang tidak terkawal oleh kerajaan ialah penjualan dan penyalahgunaan dadah. Apa bolehkah dua aktiviti haram ini dilesenkan semata-mata kerana kerajaan tidak dapat mengawal kecuali melesenkannya. Kalau jawapannya tidak boleh, aku juga berpendapat bahawa judi juga tidak seharusnya dilesenkan walau apa juga alasannya.

Rasanya masih ada masa dan belum terlambat untuk semua orang Islam, terutama ahli-ahli UMNO menyuarakan protes agar cadangan tersebut ditarik balik. Begitu juga para cendikiawan, mereka yang berjawatan tinggi dan berpengaruh juga ahli-ahli ugama agar tidak membisukan mulut dan menulikan telinga. Bercakaplah untuk meneggakkan kebenaran demi menjaga maruah ugama dan bangsa.

By: Wajabangsa/11.5.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik