Friday, May 7, 2010

Lesen Judi Piala Dunia

Hasil keputusan Pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini menunjukkan undi orang-orang Melayu telah mula kembali kepada kerajaan. Yang menghairankan kenapakah dalam usaha untuk mendapatkan sokongan 100% pengundi-pengundi Melayu, samada disedari atau tidak kita sendiri yang cuba menghianatinya dengan hendak menghalalkan sesuatu yang haram dalam Islam. Adakah ini balasan kerajaan kepada pengundi-pengundi Melayu Hulu Selangor.

Baru-baru ini dilapurkan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak bersempena pertandingan world cup yang akan diadakan diawal June ini. Dikatakan towkey-towkey judi berkenaan sudah bersedia dengan permohonan masing-masing.

Untuk mengeluarkan lesen judi tersebut, kerajaan memberikan dua alasan. Pertama supaya dapat kerajaan mengawal aktiviti judi berkenaan memandangkan dimasa-masa lampau, tanpa lesen pun aktiviti perjudian pertahuran haram terus berleluasa dan keduanya untuk mendapatkan pulangan yang boleh digunakan untuk pembangunan sukan negara.

Walau apa jua alasan yang diberi untuk menghalalkan sesuatu yang haram itu sama sekali tidak dapat diterima. Bagi kita orang-orang Melayu berugama Islam, apa juga yang diharamkan oleh ugama, ianya tetap haram. Judi, samada ia berlesen atau tidak ia tetap haram dam membawa implikasi yang tidak baik kepadaa rakyat. Tiada satu ugama dalam dunia ini yang membenarkan berjudi. Sewajarnya, kerajaan menolak akan cadangan-cadangan tersebut dari peringkat awal lagi yang ternyata hanya menguntungkan segulungaan oraang-orang tertentu dan tidak langsung memberikan faedah untu rakyat umum.

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu didalam kerajaan, jangan lah terlalu yakin dan terlena dengan kuasa yang ada, sensiviti rakyat terbanyak patut diambil kira. Kesilapan-kesilapan lampau wajar dijadikan iktibar. Tidak sedarkah mereka parti-parti pembangkang dan konco-konconya sentisa sahaja mencari kelemahan untuk memburuk-burukkan kerajaan diatas apa juga isu. Bukan senang untuk mendapatkan keyakinan rakyaat. Saya sebagai orang Melayu berugama Islam amat tidak setuju cadangan tersebut dan berdoa semoga cadangan ini dibatalkan.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik