Saturday, May 15, 2010

Kecundang Lagi

Memang sudah menjadi adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi kalau kalah sekali pun biarlah kalah bermaruah dan bukan kalah tanpa melawan. Semua rakyat Malaysia kecewa dengan keputusan tersebut, terutama penyokong-penyokong seramai 12,000 orang yang membanjari Stadium Putra Bukit jalil. .

Begitulah berakhirnya impian negra kita Malaysia untuk menjuarai pertandingan berperistige dunia, Piala Thomas tahun ini. Malaysia kecundang ditangan China 3-0 semalam dalam pusingan sepaaruh akhir. Pasukan kita semacam serba tak kena dan serba tak menjadi, mata demi mata diberikan kepada lawan dengan begitu mudah disebabkan kesilapan-kesilapan sendiri. Hakikatnya pasukan China adalah pasukan yang lebih baik dan mereka mempunyai azam dan semangat juang yang kental berbanding dengan pasukn negara.

Apa yang boleh dikatakan lagi, hanya mencuba sekali lagi dua tahun dari sekarang. Persoalannya adakah kita mampu menyediakan satu pasukan yang lebih baik dari pasukan sekarang dalam masa dua tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik