Monday, May 10, 2010

Mursyidkah Sipolan Itu?

Bagaimanakah ciri-ciri dan sifat-sifat orang yang telah mencapai makam sebagai seorang yang layak di panggil mursyid atau wali, diperturunkan dibawah untuk panduan kita bersama, jangan nanti orang yang bertaraf ulamak terompah bermulut longkang pun kita iktiraf tuan guru mursyid. Dipetik dari blog Kembara Diperjalanan ini.

Seorang Mursyid dikira bertaraf wali, ia adalah antara manusia yang mendapat kelebihan-kelebihan dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Manusia sebegini kadangkala mengungkapkan kata-kata yang begitu luas nilai hikmahnya yang memberi kejernihan minda manusia Islam khususnya. Bahkan setiap tutur kata mereka sentiasa dalam peliharaan Allah terutama ketika menyampaikan dakwah atau dalam konteks kita sekarang ialah ceramah.

Seorang Mursyid sekali-kali tidak akan mengeluarkan tutur kata yang berupa merendah-rendahkan, membenci atau menghina orang lain atas apa-apa sebab sekalipun dan walau betapa jahilnya atau buruknya seseorang itu. Hati nurani seorang Mursyid adalah sentiasa terdorong ke arah mengasihani, memaafkan, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan manusia sejagat. Itulah pantulan nur daripada zat Allah SWT ke dalam hati nurani seorang Mursyid. Mereka juga akan hanya mengeluarkan kata-kata yang baik, indah dan sedap didengar walau pun mereka tidak setuju tentang sesuatu perkara.

Seorang mursyid tidak mungkin ada sedikit pun kecenderungan atau menunjukkan sokongan terhadap keganasan jasmani dan rohani lebih-lebih lagi budaya kesamsengan, jauh sekali membiarkan pengikut-pengikutnya cenderung ke arah itu. Marah, sifat dendam, benci dan iri hati serta mengutuk bukanlah sifat seorang mursyid.

Manusia yang tinggi darjatnya ini juga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang menggalakkan. Hadirnya seorang mursyid di sesuatu tempat membawa kesejahteraan dan keamanan kepada masyarakat setempat. Doa mereka dan keberkatan mereka mampu memelihara sesuatu kawasan daripada huru-hara, kejadian yang tidak diingini dan kesusahan.

By: Wajabangsa/10.5.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik