Wednesday, May 26, 2010

Nota Untuk PM

Bloggers pro-Umno ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan bahawa sebarang
perlantikan pemimpin yang dilanda kontroversi ke Kabinet ataupun mana mana jawatan berprofil
tinggi hendaklah dielakkan pada masa kini.

Dengan sebarang perlantikan yang berbaur kontroversi, maka akan tempanglah semua usaha kita untuk
meningkatkan prestasi dan imej Umno, Barisan Nasional mahupun Kerajaan Pusat.

Bloggers pro-Umno juga akan merasa lebih tertekan dalam usaha mereka menyokong usaha Umno kerana
mereka tidak mungkin mampu mempertahankan keputusan melantik seorang pemimpin yang terpalit
kontroversi ke Kabinet.

Di ketika getir ini, kita memerlukan seorang pemimpin muda yang mampu menyatukan sayap Pemuda
Umno yang kian robek kerana Pemuda adalah penyumbang penting dalam perjuangan parti keramat kita.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Pemuda mampu bertindak sebagai suara kritis yang lantang lagi
bernas tanpa memberi ketuanya sebarang jawatan Kabinet, malah keputusan memberikan Anwar Ibrahim
jawatan cabinet sempena kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda mungkin sekali telah
menjadi punca Pemuda kian kusam, gusar dan capet.

Umno amat memerlukan tenaga Pemuda ketika generasi baru semakin meminggirkannya.

Seruan ini disokong oleh para blogger pro-Umno.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik