Tuesday, May 11, 2010

PAS Menentang Penyatuan Melayu

PAS membantah penganjuran program membincangkan ekonomi dan penyatuan Melayu yang dikenali sebagai Melayu Bangkit. Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan laporan akhbar, program anjuran NGO Gerakan Kebangkitan Rakyat itu menunjukkan program tersebut berbahaya dan tidak sihat kepada hubungan kaum di Malaysia. Yang jelas, PAS takut akan penyatuan orang2 Melayu ini kerana bimbang mereka akan hilang sokongan Melayu. Sekarang ini pun orang-orang Melayu sudah membuka mata dan sedikit demi sedikit hilang kepercayaan terhadap PAS.

Apakah yang dapat kita banggakan dengan PAS sekarang ini. Pas kini tidak lagi menjuarai isu-isu ugama Islam, apatah lagi untuk berjuang berhubung kepentingan-kepentingan Melayu. Misalnya diakhir-akhir ini banyak sekali dibangkitkan oleh setengah-setengah pehak berhubung isu-iisu ugama Islam, tetapi PAS memilih dan lebih suka menutup mulut serta diam membisu. Tidak kita fahami apakah yang hendak dibuktikan oleh PAS sekarang ini. Dapat dilehat, PAS bersikap sedemkian semata-mata untuk menjaga hati buah hatinya, iaitu DAP.

Diantara tiga parti didalam Pakatan rakyat, PAS ialah parti yang terbesar diikuti DAP dan PKR, tetapi PAS nampaknya lebih selesa menjadi pencacai sahaja daripada menjadi parti yang dominan dan berkuasa didalam Pakatan rakyat. PAS dilehat menjadi alat, pencacai dan kuda tungangan DAP laknatullah. Apabila pemimpin DAP mengucapkan Bismillah, PAS kata DAP dah berubah dan menyatakan itulah pemimpin Islam. Apabila LGE mengatakan akan memerintah Pulau Pinang mengikut cara pemerintahan khalifah Umar A. Aziz, PAS mengiakan dan bersorak gembira. PAS kini sudah menjadi lebih kacau bilau dan terdapat cukup banyak perbezaan pendapat dikalangan mereka. Pejuangan mereka sudah jauh tersasar dari landasan asal sejak bersekongkol dengan parti cauvanis DAP.

Realitinya, PAS masih ditakok yang lama, tiada apa-apa kemajuan didalam parti mereka walau pun kini menguasai Kedah. Mereka yang bergelar ulamak pun sudah semakin berkurang didalam PAS dan apa yang dapat dilehat, yang lebih berkuasa didalam PAS sekarang ini ialah puak-puak erdogan yang membawa lebih banyak pengaruh Anwar.

By: Wajabangsa/11.5.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik