Wednesday, May 26, 2010

PAS Sememangnya Berdolak Dalik

Memang telah dijangkakan, PAS akan menggunakaan isu pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia
untuk kepentingan politik mereka. Mereka mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya merekalah
juara dalam menentang kemungkaran judi dan arak.

Hairannya, kalaulah benar Pas menentang kemungkaran judi dan arak, mengapa tidak dilakukan
di empat negeri yang dibawah kawalan mereka. Lakukanlah dikawaasan sendiri dahulu, bersihkan
dahulu halaman rumah sendiri sebelum mengata halaman rumah orang lain kotor.

Setakat ini, di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, kegiatan judi dan arak berterusan. Di Kelantan
pula, arak dibenarkan untuk golongan bukan Islam. Paling ketara di Kedah, kenapakah PAS yang
memerintah kerajaan negeri tidak melaksanakan pengharaman ke atas judi dan arak?

Pas mempunyai kerusi majoriti di Kedah. Kalau kerajaan Kedah hendak mengharamkan kedua-dua
kegiatan itu, memang tidak jadi masalah langsung. Tetapi Pas tidak melakukannya, mengapa?
Di manakah istiqomah pemimpin dan ahli-ahli penyokong Pas yang begitu beria-ia hendak menunjukkan
mereka menentang kemungkaran dengan berdemonstrasi menentang pemberian lesen judi untuk bola
sepak Piala Dunia

Begitu juga di Selangor, PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP memerintah negeri itu, yang mana
judi, arak dan persundalan amat menjadi-jadi sejak mereka memerintah. Dari punca-punca yang
dipercayai, sejak 2 tahun memerintah Selangor, PR telah meluluskan sebanyak 4500 lesen
tempat2 perjudian dan persundalan baru. kenapakah Pas tidak menentang dan mendesak habis-habisan
perkara-perkara mungkar ini.

Dalam isu judi bola sepak, sikap tidak konsisten PAS semakin ketara dan penentagan mereka hanyalah
semata-mata untuk kepentingan politik. Telah banyak contoh yang ditunjukkan bahawa demi kepentingan
politik bersama-sama DAP dan PKR, PAS sanggup menggadaikan apa sahaja.

Ambil contoh, dalam isu kalimah Allah, sebelum ini kepimpinan Pas sudah membuat ketetapan
bahawa isu tersebut tidak boleh diperalatkan demi kepentingan politik tetapi ada di kalangan
pemimpin mereka yang sanggup berkempen untuk calon DAP dengan memperalatkan isu tersebut.
Kenapakah kepimpinan tertinggi Pas atau mana-mana ahli Pas terutama sayapnya tidak menyatakan
bantahan? Malahan Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan DAP boleh menggunakan
isu kalimah Allah sedangkan Timbalannya, Datuk Dr.Haron Din tetap menentang.

Dipendekkan cerita, didalam soal ugama, nama sahaja Parti Islam, tetapi PAS sememangnya
sentiasa tidak konsisten dan berdolak dalik. Apa juga yang boleh dijadikan modal dan kepentingan
politik mereka, PAS akan memenupulasinya semaksima mungkin.

By: Wajabangsa/26.5.2010.
Sumber: Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik