Thursday, May 6, 2010

Peristiwa Aminulrasyid Dan Politik

Aku masih ingat menuntun satu program wawancara keluarga Aminulrasyid, adik yang ditembak Polis, disiarkan diTV3. Dalam wawancara tersebut, ibu mangsa menyatakan jangan ada mana-mana pehak cuba mengambil kesempatakan mempolitikkan kes anaknya itu.

Kini, pehak manakah yang mempolitikkan kes tersebut sekarang dengan penglibatan barisan peguam pembela dari Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Karpal Singh dan N. Surendran. Mereka adalah merupakan peguambela kes penjenayah A. Kugen.

Sidang akhbar yang berikutnya pula, melibatkan rakan arwah, Muhamad Azamuddin telah menampakkan manipulasi kenyataan, seolah-olah skrip yang telah diatur bagi menimbulkan kebencian masyarakat negara ini kepada Polis dan Kerajaan.

Pada pandangan aku telah ada campurtangan politik didalam kes ini. Nampaknya pihak pembangkang telah berjaya memanipulasi kes ini seperti mana kes A.Kugan dan juga kes TBH bagi memburuk-burukkan nama baik Polis dan Kerajaan.

Demi kepentingan dan keuntungan politik, mereka sanggup memanipulasi apa sahaja. Mereka amat rakus untuk berkuasa hinggakan sanggup menggunakan apa juga cara untuk meraih populariti tanpa mengambil kira keselamatan negara dan juga rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik