Friday, May 21, 2010

Perkasa Dan Perjuangannya.

Ada usaha-usaha terancang untuk mencemar nama baik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia dengan pelbagai label bagi menimbulkan kebencian masyarakat terhadap pertubuhan ini. Perbuatan khianat ini digerakkan oleh parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan bukan Melayu termasuk portal berita dan akhbar Cina.

Namun, Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia tidak sedikit pun terganggu, langsung tidak memberi bekas malah Perkasa berbangga melihat reaksi kurang senang mereka. Perkasa akan meneruskan perjuangannya membela orang Melayu tanpa gentar walaupun menerima pelbagai tekanan yang semakin kuat daripada pihak tertentu.

Anehnya, mereka bukan tida tahu, malah telah berulang kali dijelaskan kepada mereka bahawa perjuangan Perkasa hanyalah untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu yang tidak akan lari daripada kerangka Perlembagaan negara.

Semua pihak perlu sedar bahawa Perkasa bukannya keldai tunggangan mana-mana parti politik lebih-lebih lagi parti pembangkang yang sememangnya bercelaru hala tuju mereka. Perkasa sememangnya telah bersedia mengehadapi akan apa juga kemungkinan.

Bagi mereka yang melabelkan Perkasa sebagai pelampau Melayu, ada baiknya bagi mereka menilik muka sendiri terlebih dahulu, siapakah yang bersikap pelampau. Sebenarnya merekalah yang lebih resis dan pelampau dengan membuat berbagai tuntutan yang bukan-bukan dan melampau.

Bagi sesetengah mereka, terutama parti pembangkang, sesuatu yang menguntungkan mereka akan mereka sokong, tetapi jika tidak mereka akan melebelkan orang lain dengan berbagai-bagai lebel yang buruk. Kalau beginilah caranya dirasakan demokrasi tulen didalam negara yang berbilang kaum ini sudah sampai dipenghujungnya kerana apabila sesuatu memihak kepada mereka sahaja barulah dikira demokrasi.

Posted by: Wajabangsa.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik