Thursday, May 20, 2010

PM Patut Belajar Dari Samy Velu - The Flying Kick

Sammy Vellu benar-benar menunjukkan kuasanya. V.Mugilan hanya mempunyai empat jam selepas mendesak Sammy Vellu meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC sebelum Presiden Seumur Hidup MIC itu menyatakan V.Mugilan bakal berhadapan dengan tindakan disiplin daripada parti yang bakal dijadikan harta pusaka kepada keturunannya itu.

Ternyata Presiden MIC yang pernah cuba menggulingkan bekas Presiden pertama, V.Sambathan, tidak dapat menerima hakikat, nyawanya dalam MIC sudah sampai ke penghujung. Hayatnya selaku ahli politik sudah kian hampir dikambus. Sammy Vellu sudah tiada lagi ilmu penggerun melainkan gertakan tidak bertaring. Dan ugutannya itu sekadar menambahkan rasa gerun para pemimpin MIC akan kehilangan sokongan secara total daripada masyarakat India kepada MIC.

Sammy Vellu akan terus meyakini dirinya bahawa dia tidak bersalah dan kehadirannya sangat diperlukan oleh masyarakat India. Kerana itu, dia akan menggunakan segala kuasanya dengan alasan untuk mempertahankan MIC.

Hishamuddin Hussein dan Najib seharusnya belajar daripada Mahaguru Sammy ini bagaimana hendak menggunakan kuasa. Hishamuddin sebagai Menteri Amaran, Memberi Amaran dan Amaran Keras seharusnya menggunakan tindakan seperti Sammy Vellu untuk menghapuskan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara tanpa perlu risau popularitinya akan terjunam. Setidak-tidaknya itulah nilai pengorbanan seorang Naib Presiden UMNO untuk mengamankan dan memastikan keamanan di negara ini berterusan menerusi penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan tidak bertolak ansur seperti yang diamalkan sekarang ini, bermula dari zaman pentadbiran Abdullah Badawi.

Begitu juga dengan Najib Abdul Razak yang dilihat terlalu memikirkan semua orang berfikiran sama sepertinya yang melihat suapan sebagai satu pujukan atau hadiah tanpa mengira kepentingan dan kecenderungan pihak yang disuapnya. Malah liberal keterlaluan dan dasar keterbukaan bagi mendapatkan populariti yang diamalkan oleh pentadbirannya, kian memakan Malaysia sehinggakan semua pihak bebas memperkatakan isu-isu sensitif terutama yang membabitkan umat Islam, orang Melayu, Bahasa Melayu, raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu. Dan mereka yang cuba mendesak untuk menyamaratakan segala-galanya yang menjadi milik Melayu tetapi enggan berkongsi atau menyamaratakan hak mereka dengan Melayu.

Bagaimana agaknya kalau seorang tukang bancuh minuman di dalam sebuah kapal mempunyai hak yang sama dengan seorang Kapten atau Juragan kapal?

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik