Wednesday, May 19, 2010

Semua Pehak Wajar Mengingati Peristiwa 13 Mei - Bumiyang

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.

Sehubungan itu, mantan perdana menteri itu meminta rakyat supaya tidak melupakan tragedi 13 Mei 1969 kerana jika itu berlaku, sejarah itu boleh berulang.

"Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.

"Itu keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok yang mendakwa persetujuan Dr Mahathir untuk menyertai Program Melayu Bangkit anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, yang dibatalkan semalam, seolah-olah merestui kempen perkauman.

Program itu ditangguhkan ke satu tarikh lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek keselamatan. Dr Mahathir berkata beliau tidak memandangnya dari sudut itu tetapi kesudiannya menyertai acara itu adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa sekiranya isu itu tidak dikendalikan dengan cermat, tidak mustahil sejarah berdarah itu akan berulang.

"Itu saya tak taulah (dakwaan). Saya pergi ke sana bukan untuk mengadu domba antara pelbagai bangsa tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa jika kita tidak mempedulikan masalah bangsa ini, kita akan mengulangi kesilapan kita. Jika (tidak dibatalkan), sudah tentu, saya pergi, tapi lepas itu saya akan digelar rasis," katanya.

Dr Mahathir berkata sebagai orang yang melalui sendiri pengalaman tragedi 13 Mei itu, beliau hanya ingin berkongsi maklumat supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang lain.

"Saya lalui 13 Mei ini jadi saya tahu benar. Saya fikir saya dapat membantu menyesuaikan diri agar mereka tidak bertindak terburu-buru yang boleh menyebabkan berulangnya satu lagi 13 Mei," katanya. Justeru itu, Dr Mahathir berharap mana-mana pihak yang mencadangkan supaya tragedi itu dilupakan, supaya kembali memperbetulkan tanggapan mereka mengenai tarikh bersejarah itu.

Idea agar kita patut melupakan 13 Mei bukan satu idea yang baik.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik