Sunday, May 9, 2010

Siam Membalas Dendam

Sebanyaak kira-kira 30 buah bas pelancung dari Malaysia di sekat dari memasuki negara Thailand sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan negara ini terhadap mereka. Para pengusaha van mendirikan khemah di atas jalan raya dan meletakkan puluhan van di sepanjang laluan masuk bagi menghalang bas yang membawa penumpang Malaysia memasuki Thailand.

Bas-bas tersebut terpaksa diletakkan di kawasan berhampiran pusat pemeriksaan Imigresen Thailand di pekan Danok dan penumpang-penumpang terpaksa meneruskan perjalanan menggunakan pengangkutan negara tersebut.

Para pengusaha van bersama agensi pelancongan negara itu bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ yang menyaman kenderaan mereka ketika membawa pelancong ke Malaysia. Inilah masaalahnya kalau pegawai-pegawai penguatkuasa kita sering berlembut. Penguatkuasaan dijalankan secara berkala dan tidak konsisten. Kita sendiri saolah-olah tidak menghormati dan tidak serius dengan tanggung jawab kita justru orang luar memandang remeh kepada kita.

Mereka membuat sekatan dan tidak membenarkan bas dan van Malaysia membawa penumpang memasuki Thailand semata-mata kerana hendak membalas dendam.

Sewajarnya kerajaan Malaysia patut bertegas didalam hal ini. Warganegara Thailandlah yang sering masuk Malaysia membuat salah, menjalankan kegiatan penyeludupan komoditi dan barang-barang terlarang termasuk petrol daan diesel.

Sekiranya pintu sepadan ditutup, rasanya mereka yang lebih menanggung kerugian. Selama ini rakyat Malaysia yang membangunkan ekonomi disana. Ekonomi Bangkok terjejas teruk kerana saban hari ada sahaja tunjuk perasaan dan rusuhan disana, kini kiranya lalulintas disempadan tidak lancar ekonomi Danok dan Hatyai pula yang akan terjejas.

Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat dengan undang-undang yang lengkap. Negara asing atau warganegara asing yang hendak datang ka Malaysia wajib mematuhi semua undang-undang yang ada. Hanya selepas ini diharapkan agensi-agensi penguatkuasa disempadan, seperti Imigresen, Kastam, Polis, JPJ dan sebagainya menjadikan iktibar akan insiden ini. Pegawai-pegawai penguatkuasa jangan hendaknya bertolak ansor dengan mereka dan undang-undang wajib dikuatkuasakan didalam apa keadaan sekalipun dan bukan penguatkuasaan dijaalankan secara berkala atau bermusim. Jangan sesekali dikorbankan kedaulatan negara sendiri hanya kerana hendak mengikut kemahuan negara dan warga asing.

By: Wajabangsa/9.5.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik