Saturday, May 22, 2010

Apa Yang kaum China Mahu?

Soalan ini subjektif. Jika kita tanya sepuluh orang Cina, kita akan dapat sepuluh jawapan. Bagi penulis artikel 'What Chinese Want', Kee Thuan Chye yang dimuatkan oleh Datuk Ti Lian Ker dalam blognya, kaum Cina tidak mahu kerajaan yang corrupted seperti BN. Pada 18hb Mei baru-baru ini, Presiden MCA bersuara mewakili kaum Cina BN. Mungkin suara kaum Cina DAP lain pula.

Saya quote kata-kata Chua Soi Lek dalam Star:

"Chinese voters now have a deeper concern for intellectual issues rather than just wanting rice-bowl problems to be addressed, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said. These intellectual issues included racial fairness, accessibility to education, scholarships, promotions, judiciary and crime, he told a press conference after a dialogue with automative parts manufacturing associations, at Wisma MCA here Tuesday."

Bagi kaum Cina, isunya bukan 'bread and butter' lagi tetapi hal yang lebih mendasar: isu-isu intelek. Ini berbeza dengan orang Melayu dan India yang masih ramai dibawah paras kemiskinan. Dengan erti kata lain, kehendak kaum Cina adalah perkara yang sukar untuk dipenuhi, tidak hairan jika cek 3juta dan 18juta diperlekehkan.

Untuk menjadi lebih fokus, mari kita bincang satu persatu. Datuk Chua berkata antara isu 'intelek' yang dibangkitkan oleh kaum Cina di Malaysia ini adalah keadilan sosial, kemudahan pembelajaran, biasiswa, kenaikan pangkat, sistem kehakiman dan jenayah.

Kaum Cina mahukan keadilan sosial. Di sini saya tidak faham keadilan sosial yang bagaimana. Dari segi asas mereka jauh lebih berjaya dari peribumi. Saya tidak nampak orang Melayu menindas kaum Cina. Malah kerajaan BN membenarkan mereka berkongsi kuasa, kebanyakkan mereka menang di kerusi majoriti Melayu kerana jika majoriti kaum Cina sudah tentu mereka akan kalah dengan DAP. Dalam isu menindas saya rasa Melayu paling toleran, membenarkan mereka mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina, membenarkan mereka mengamalkan adat resam dan budaya Cina.

Dalam satu artikel yang di tulis dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh yang diterjemahkan oleh seorang kawan kaum Cina mengatakan kerana tidak puas hati dengan Malaysia sudah ramai kaum Cina profesional telah migrate ke Australia, New Zealand dan United Kingdom, untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Aneh, saya rasa negara berkenaan lebih rasis dibanding dengan Malaysia dan saya tidak fikir mereka membenarkan sekolah jenis kebangsaan Cina wujud di negara mereka. Apa lagi memberi bantuan kewangan.

Dianggarkan seramai tiga ratus ribu orang golongan profesional yang telah berhijrah dan kebanyakkan dari kaum Cina.
Saya akui Malaysia memang menghadapi krisis kepimpinan baru-baru ini. Mungkin ramai golongan business dan profesional tidak berpuashati dengan cara Malaysia ditadbirkan. Saya sendiri merasakan ramai profesional berhijrah merupakan sesuatu yang tidak elok kepada negara tetapi jika mereka merasakan boleh mencari keadilan di negara-negara lain, tidak ada siapa yang menghalang mereka.

Mengenai pendidikan, saya berpendapat sistem semi meritokrasi perlu diadakan. Jika ada anak orang Malaysia yang brilliant mereka perlu dibantu hingga jaya tanpa mengira kaum. Negara membangun seperti Malaysia ini memerlukan bijak pandai. Kepandaian ini kadangkala anugerah. Jika Enstein menjadi warganegara Malaysia, dia juga perlu dibantu semaksimum mungkin walaupun dia Yahudi. Dalam soal pendidikan, saya setuju pendidikan perlu bebas dari segala prejudis.

Tentang biasiswa, JPA sudah memberi biasiswa sebanyak 45% kepada lain-lain kaum. Ini bermakna seramai 45% bantuan biasiswa yang sepatutnya dapat ke anak bumiputera telah diambil. Kaum bumiputera tidak mengamuk hingga tidak mengundi kerajaan BN atau UMNO yang tidak berdaya mempertahankan hak mereka demi keadilan kaum.

Dari segi promosi, saya kurang faham promosi apa. Jika dalam bidang kakitangan awam, saya rasa kita juga tidak mengamalkan diskriminasi. Dari segi kehakiman dan jenayah, seperti kata Datuk A. Kadir Jasin, ini bukan hanya isu kaum Cina, ini isu semua kaum di Malaysia ini, bumiputera, orang Asli dan India. Semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa mahu melihat Malaysis sebagai sebuah negara yang adil, saksama, tanpa campurtangan politik dalam bidang kehakiman. Kita juga mahu lihat jenayah dikurangkan jika tidak dibenteras terus.

Jika keadilan perniagaan yang dibangkitkan oleh kaum Cina, jangan kita tidak tahu, dasar patronising ini bukan hanya kepada orang Melayu atau UMNOputra, kerajaan juga ada membantu kaum Cina hingga mereka menjadi billionaire hasil bantuan kerajaan. Berbeza dengan orang Melayu, jika mereka ditolong akan datang lagi dan minta ditolong lagi. Sebaliknya bagi kaum Cina, mereka akan menjadikan bantuan itu sebagai batu loncatan.

Datuk A. Kadir Jasin membariskan antara billioanaire Cina atau India yang dibantu oleh kerajaan dalam blognya. Baca sini.

Antara yang disebut sudah tentu Vincent Tan. Beliau mula menjadi billionaire apabila Sport Toto diswastakan dan beliau mendapat hak monopoli lesen judi itu pada tahun 1980. Baru-baru ini beliau mendapat lesen judi bola yang diluluskan kepada Ascort Sport. Begitu juga dengan Ananda Krishnan. Dengan sekelip mata beliau menjadi jutawan apabila mendapat hak pengswastaan lumba kuda Jalan Ampang, beberapa lesen judi dan komunikasi. Ini diberi kepada mereka kerana hak ekslusif tidak boleh diniagakan oleh bumiputera.

Di Sibu, kaum Cina yang mendapat faedah ekonomi hasil pembalakan tetapi tetap tidak menyokong kerajaan. STAR melaporkan seramai 27 orang 'Sarawak Shakers' dari kaum Cina. Antaranya Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Sen.

Pada tahun 1970an YTL Group hampir bankrupt tetapi mendapat kontrak kerajaan membina sekolah, hospital, rail keretapi dan mendapat IPP(Independetn Power Producer) hasil dari kerajaan. Robert Kuok yang mendapat monopoli AP gula juga mendapat AP dari kerajaan. Jadi jika semua yang besar-besar sudah ditelan oleh mereka, apa lagi cerita keadilana sosial. Takkan kelasF yang monopoli bumiputera juga hendak dibangkitkan.

Jadi sebenarnya, apa kaum Cina mahu? Perdana Menteri Cina yang pertama, atau Presiden CIna? Langkah mayat saya dulu.


Dari Blog: Sritribuana

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik