Sunday, May 16, 2010

Sudah Terhantuk Baru Tengadah

Segelintir Melayu Pulau Pinang, tanpa segan silu mengakui bahawa mereka adalah merupakan penyokong pakatan pembangkang dan yang membantu mereka menjatuhkan kerajaan BN. Namun selepas menang pilihan raya umum lalu kerajaan tidak langsung pedulikan masalah mereka dan menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan wakil rakyat pakatan pembangkang seperti kacang lupakan kulit.

Setelah lebih dua tahun memerintah, kerajaan Lim Guan Eng berterusan mengabaikan nasib rakyat terutama orang-orang Melayu. Permohonan dan permintaan untuk bertemu dengan kerajaan negeri bagi membincangkan masalah yang dihadapi mereka langsung tidak diendahkan. Malahan semua gerai-gerai kepunyaan Melayu dirobohkan sedangkan pada masa sama gerai yang didirikan di tepi-tepi jalan contohnya di sekitar Batu Feringghi kepunyaan kaum China langsung tidak dikenakan tindakan.

Kini mereka mengatakan LIM Guan Eng bagaikan kacang lupakan kulit. Rasanya barulah padan muka mereka semua. Sebenarnya yang tidak tahu berterima kasih adalah mereka sendiri. Semasa BN memerintah Pulau Pinaang dahulu, siapakah yang melinungi peniaga-peniaga kecil Melayu kalau tidak UMNO? Mereka tidak mahu berfikir dan menggunakan akal, mereka telah termakan pujuk rayu dan janji-janji manis DAP yang menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka semasa kempen pilihanraya. Apabila telah berkuasa, tidak usahkan hendak menawarkan kemudaahan itu dan ini, hendak ajak berbincang dengan NGO Melayu mengenai masalah peniaga-peniaga dan pengusaha peniagaan Melayu pun langsung tidak diendahkan.

Insaf dan sadarlah wahai Melayu, baliklah kepangkal jalan. Pelajarilah sejarah tanah air, kenal pastilah siapa musuh negara, kenalilah siapa dia DAP sebelum kita berjinak-jinak dengan mereka. Tidakkah pernah kita terbaca dan mendengar mengenai DAP sebuah parti politik keturunan PAP untuk meneruskan perjusngan PAP di Malaysia, sebuah parti ala kominis, cauvanis China, parti politik yang paling rasis dan ultra kiasu. Adakah peniaga-peniaga Kecil Melayu Pulau Pinang lebih mempercayai DAP dari Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, yang telah terbukti memerintah negara dengan kemajuan dan kemakmurannya selama lebih 50 tahun. Jangan kita memikirkan untuk hari ini sahaja, fikir-fikirkanlah sama nasib anak cucu kita, jenarasi bangsa kita yang akan datang. Lihatlah ke negara Selatan tanah air untuk dijaikan contoh. Apakah yang telah terjadi kepada Melayu disana dibawah pemerintahan parti yang sewaktu dengannya dengan DAP.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik