Thursday, May 6, 2010

Sultan Selangor Menegur Lagi

Bertitah dalam Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat), Sultan Selangor telah sekali lagi menyatakan kekesalannya terhadap mereka yang mendakwa bertaraf profesional, berjawatan besar tetapi hakikatnya tidak mempunyai adab yang sampurna.

Menurut baginda, adab bermakna menghormati ibu bapa, orang-orang tua, jiran tetangga, ketua dan pemimpin, selain dari menghormati budi bahasa dan pertuturan yang tidak menyinggung perasaan dan maruah orang lain.

Baginda menambah, beliau percaya amalan nenek moyang sejak dahulu itu perlu diterapkan kedalam sistem pelajaran sekarang dan dipraktikkan oleh semua peringkat juga oleh semua kaum agar negeri Selangor menjadi sebuah negeri di Malaysia ini yang mempunyai masyarakat bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang tinggi.

Selain itu, kaum-kaum lain wajar diberikan penerangan akan adat dan kebudayaan Melayu agar perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Selangor diperkukuhkan. Begitu juga sebaliknya, orang-orang Melayu patut memahami dan menghormati adat isyiadat dan resam kaum-kaum lain. Semua kaum hendaklah saling faham memahami dan hormat menghormati diantara satu sama lain bagi mengelakkan timbulnya salah faham dan kekeliruan mengenai adat resam masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik