Sunday, May 9, 2010

Tun M Dan Blok L & M

Ketegasannya Tun Dr Mahathir dalam memperjuangkan kebenaran memang telah terbukti. Tun Dr Mahathir rasanya tidak akan berkrompromi dengan apa juga salah laku walaupun ia datangnya dari peminpin UMNO sendiri. Terbaharu Tun Dr Mahathir membongkarkan kes blok L & M yang mendatangkan kerugian hampir RM 100 billion kepada negara.

Ramai yang menyuarakan belbagai pendapat dan tidak kurang juga yang marah-marah diatas pembongkaran tersebut, dikatakan memberi peluang yang luas untuk pembangkang menghentam kerajaan BN & UMNO hingga boleh menyebabkan kekalahan BN & UMNO pada PRU 13 yang akan datang. Tidak kurang juga ada dikalangan ahli-ahli UMNO menganggap pendedahan tersebut adalah merupakan satu kes mengkhianati UMNO & BN.

Persoalannya sekarang, perlukah kepincangan pemimpin yang jelas merupakan tindakan pengkhianatan itu disenyapkan begitu sahaja tanpa mengambil kira kerugian oleh negara yang begitu banyak demi mempastikan UMNO terus menang pada pilihanraya. Bolehkah kita semua bersekongkol dengan perbuatan salah laku pemimpin-peminpin terdahulu dan mengenepikan pandangan dan rintihan rakyat.

Walau apapun, pembongkaran tersebut telah sampai ketelinga rakyat. Peristewa ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Sewajarnya kerajaan memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakyat supaya dapat difahami sebelum parti pembangkang memenipulasinya untuk kepentingan politik mereka.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik