Saturday, May 22, 2010

V Mugilan Dipecat

Encik V. Mugilan, bekas Timb. Ketua Pemuda MIC, telah menerima surat pemecatannya dari MIC. Beliau menyatakan pemecatannya itu dibuat oleh presiden Parti kerana tindakannya mendesak supaya Datuk Seri S. Samy Vellu dengan segera meletakkan jawatan atau selewat-lewatnya diakhir tahun ini.

Mengikut Datuk Seri Samy Velu pula, beliau telah mengumumkan akan bersara pada tahun hadapan. Beliau telah memeggang tampok pemerinthan MIC selma 11 penggal dan selama itulah kita telah melihat beberapa pemimpin MIC yang telah dipecat olehnya. Diantaranya ialah Tan Sri MG Pandithan dan datuk Dr. S. subramaniam. Kebiasaannya mereka yang dicantas adalah dikalangan pemimpin muda yang mampu memberi pandangan-pandangan yang baik yang boleh membawa perubahan kepada MIC itu sendiri.

Sama ada disedari atau tidak, kini Datuk Seri Samy Velu semakin menjadi perhatian kepada masyarakat India di Malaysia. Dikatakan oleh kerananyalah kaum India semakin hari semakin menjauhi MIC dan sokongan terhadap parti Malaysian Indian Congress itu berkurangan diakhir-akhir ini..

Selama 31 tahun Datuk Seri Samy Velu menerajui MIC, telah beberapa kali beliau mengumumkan akan bersara, tetapi hakikatnya semakin mengukuhkan kedudukan. Apa lagi agaknya yang masih tidak cukup olehnya. Apa lagi yang masih dicari olehnya selama ini. Demi untuk meneruskan kesinambungan dan bagi memelihara servival politiknya, beliau tidak akan ada rasa ragu-ragu untuk memecat sesiapa sahaja ahli MIC yang cuba menjadi penghalang baginya. V. Mugilan adalah mangsa yang terbaharunya.

Dalam usaha BN untuk memenangi hati rakyat dan menarik kembali sokongan mereka selepas PRU ka12 dahulu yang mana calon-calon MIC menerima bencana yang amat teruk, perkembangan terbaharu MIC ini adalah satu tindakan yang amat kurang bijak dan tidak berpandangan jauh. Jelaslah pada kita, Samy Vellu adalah seorang pemimpin yang amat mementingkan diri sendiri dan keluarganya sahaja dari memelihara kebajikan kaum India keseluruhannya. Rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan Samy Velu adalah penyebab utama kepada perpecahan kaum India Di Malaysia ketika ini. WB pun bersependapat dengan V. Mugilan, iaitu lebih cepat Datuk Seri Samy Velu mengundurkan diri, lebih bermunafaatlah kepada MIC, agar dapat pemimpin-pemimpin muda MIC, merapatkan barisan ahli-ahlinya bagi menghadapi PRU ka13 yang bukannya lama sangat sahaja lagi.

Posted by: Wajabangsa/22.5.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik