Friday, May 28, 2010

Vell Paari Minta Maaf












Vell Paari (gambar di atas), Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, akhirnya menyedari akan ksilapannya
dan memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana keterlanjurannya
menuduh UMNO menjadi punca kepada konflik dalaman parti itu menuduh Umno menggunakan "pembunuh politik" untuk memecahbelahkan MIC dan mendakwa kewujudan GAS mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO.

Vell Paari yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu, berkata berdasarkan kepada perkembangan
semasa, adalah jelas bahawa UMNO tidak terbabit dengan kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu.
Itulah jadinya kalau mengikutkan emosi sahaja tanpa berfikir panjang. Lain kali jangan senang-senang
sahaja hendak bercakap, fikirkan semasak-masaknya, cari bukti dahulu, jangan pakai hentam sahaja.
Semua orang tahu beliau celupar mulut semata-mata kerana hendak membela bapanya.

Terdahulu, Ramai pemimpin UMNO telah dengan jelas menyatakan pendirian bahawa UMNO tidak
menggalakkan, tidak terlibat dan tidak pernah bekerjasama dengan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC,
V Mugilan, dalam apa cara sekali pun berhubung dengan konflik dalaman parti itu.

Kini Vell Paari telah menjelaskan pendiriannya itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden
UMNO pada hari ini dan amat berharap semua pihak dapat melupakan akan salah faham tersebut dan
bekerjasama semula seperti biasa dalam satu keluarga BN.

Kes seorang dah selsai. Bagaimana pula dengan yang seorang lagi tu, Ketua Pemuda MIC? Beliau
juga berlagak kurang ajar dan biadap dengan meminta MIC menimbangkan kembali keahlian MIC didalam
barisan Nasional ekoran dari kenyataan-kenyataan Vell Paari. Bukankah beliau juga patut meminta
maaf kerana bersikap biadap juga.

By: Wajabangsa/28.5.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik