Wednesday, May 19, 2010

Wasiat Untuk Melayu - Paneh Miang

"Salam. Jelas kekalahan di Sibu, kekurangan undi di Hulu Selangor dari orang Cina dan tsunami politik PRU 12, ada mesej yang cukup kuat, musuh utama BN bukan lagi PAS, tetapi MCA dan Gerakan.
Percayalah ada agenda yang tersurat. Pemimpin-pemimpin UMNO janganlah terlalu syok sendiri untuk menjaga hati pengundi Cina seolah-olah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Yang mereka minta semua dapat, yang tak minta semua bagi. Sudah-sudahlah tu. Jangan sampai hati Melayu merajuk kuat. Esok yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.
Cerdik pandai pemimpin UMNO kenalah prihatin dan buka mata. Di atas sikap, perangai dan ketidaksetiaan mereka pada BN. Yang di bawah bercakap kuat, kenapalah Cina dan India dimanja terlalu istimewa...Jadikanlah 13 Mei hari kebangkitan Melayu agar bangsa kita tak lupa sejarah perjuangan penindasan bangsa lain terhadap datuk dan moyang kita."

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik