Monday, June 21, 2010

Dr Mohd Asri Masuk UMNO?

Angin begitu kuat bertiup membawa berita bahawa Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin bersama-sama 100 mereka yang berkelulusan tinggi akan menjadi ahli UMNO tidak berapa lama lagi. Menurut berita yang diterima, mereka akan menyerahkan borang penyertaan sebelum Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat bulanan pada Jumaat ini.

Difahamkan juga, mereka bakal menganggotai UMNO Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ramai juga tertanya-tanya, mengapa Dr. Asri dan ulama lain tidak menyertai PAS, PKR atau DAP? Itu satu persoalan walaupun sudah beberapa kali Dr. Asri telah dipelawa dan dijemput oleh pemimpin PAS. Semua wajar ingat bahawa Dr. Asri pasti dapat menilai sendiri, yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana baik untuk dirinya.

Insyaallah, apa yang diharapkan, moga-moga dengan penyertaan Dr. Asri didalam parti keramat Melayu ini, akan dapat membuka mata ramai pihak terutama orang-orang Melayu sendiri, samada yang berada diatas pagar atau didalam parti-parti pembangkang, tentang perjuangan yang dibuat oleh UMNO selama ini, juga untuk dimasa-masa mendatang.

By: Wajabangsa/21.6.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik