Sunday, June 27, 2010

Azmin Menggantikan Khalid

Baru semalam, 26.6.2010, seorang ahli parlimen dari Selangor mengakui wujudnya komplot 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Ini termasuk juga beberapa Ahli Parlimen dari negeri lain yang tidak berpuas hati dengan cara dan tindakan Abdul Khalid dalam mentadbir kerajaan dan politik Selangor.

Pada petang ini ternyata berita tersebut bukan sekedar berita angin, apabila Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah mengumumkaan bahawa Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkuat kuasa serta merta. Pengumuman telah dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam. Dikatakan rombakan ini bagi memberi ruang kepada Khalid menumpukan usaha pentadbiran kerajaan negeri.

Azmin yang sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan akan mengosongkan jawatan tersebut dan kekosongan itu akan diambil alih oleh Datuk Zaid Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sama didalam sidang akhbar petang tadi menafikan adanya komplot MP menggulingkan Khalid. Bercakap perkara yang sama, Anwar juga memberitahu dua lagi negeri akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

Sebenrnya, sejak dari penubuhan Kerajaan Selangor pada Mac 2008 dahulu hingga sekarang, suasana politik di Selangor ini memang tidak pernah aman. Dahulu Selangor adalah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia ini, tetapi sekarang, kian lama kian mundur dan hampir-hampir bankrap. Kelemahan pentadbiran kerajaan PR dinegeri Selangor ini amat jelas dan dapat dirasakan oleh semua rakyat Selangor. Adalah diharapkan kepada semua rakyat Selangor, bukalah mata anda semua seluasnya, nilaikanlah sendiri, yang mana intan dan kaca.

By: Wajabangsa/27.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik