Tuesday, June 29, 2010

Khalid Di Persimpangan

Bagai melukut ditepi gantang, begitulah yang boleh kita ibaratkan kepada YB Tan Sri Khalid Ibrahim sekarang. Setelah beliau melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor semalam, kini beliau berhadapan pula dengan satu lagi desakan untuk beliau meletakkan pula jawatan Menteri Besar walaupun beliau baru dua tahun sahaja memeggang jawatan tersebut.

Desakan terbaru tersebut menambahkan lagi kecelaruan suasana politik di Selangor dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri. Ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar bagi beliau menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik kini dipegang oleh Azmin Ali. Juga Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju ekonomi Selangor kerana peranan itu dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keadaan politik di selangor kini umpama sebuah kapal dengan tiga nahkoda yang berlainan matlamat dan hala tuju.Pentadbiran dikawal oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Politik ditentukan oleh Azmin Ali dan Ekonomi dikawal oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Ramai dikalangan pemimpin PKR mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan. Begitu juga kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut kerana bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pentadbiran, politik dan ekonomi negeri tidak seiring.

Berdasarkan kepada senario yang ada, tugas Khalid Ibrahim sekarang ini tidak lebih hanya menguruskan hal ehwal pentadbiran semata-mata yangmana keputusan serta polisi ditentukan oleh pihak lain. Namun kuasa ini juga tidak dimiliki sepenuhnya oleh Khalid berikutan perlantikan Setpol Menteri Besar yang baru juga merupakan Setpol Datin Seri Wan Azizah.

Secara rengkasnya, Tan Sri Khalid tidak lagi dipercayai oleh pucuk pimpinan PKR dan secara tidak langsung telah menarik kuasa-kuasa rasmi seorang Menteri Besar, namun PKR tidak dapat menyingkirkan Khalid kerana sokongan DAP yang kuat. Pastinya DAP tidak akan membenarkan Khalid ditukar kerana mereka lebih selesa dengan Khalid yang selama ini menjadi keldai tonggangan mereka.

Apakah ertinya menjadi seorang Menteri Besar yang tidak dipercayai oleh parti sendiri dan tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan hala tuju negeri? Dalam keadaan ini, yang rugi adalah rakyat Selangor sendiri. Keadaan negeri Selangor tidak akan bertambah baik dengan kedudukan Menteri Besar yang sebegini.

By: Wajabangsa/29.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik