Monday, June 14, 2010

Istana Tarik Balik Pingat

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pehak Istana Johor menarik balik pingat kebesaran daripada empat orang tokoh dan orang kenamaan. Memang sudah lama kita tidak mendengar berita seperti itu, iaitu tindakan sultan menarik balik pingat. Ada dikalangan penerima-penerima pingat kebesaran disebuah negeri, walaupun telah dengan secara terang-terangan menghina dan menderhaka kepada sultan, tetapi pehak istana tetap bersabar dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu berkenaan.

Empat tokoh dan orang kenamaan yang ditarik balek pingatnya, diantaranya ialah bekas menteri kesihatan yang kini menjadi orang kanan kepada PKR. Menurut kenyataan pehak istana, tindakan tersebut diambil kerana mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Ia ada kaitan secara langsung dengan tindak-tanduk dan perilaku mereka yang tidak mahu didedahkan kerana mahu menjaga aib mereka berkenaan.

Apa yang berlaku ini membawa mesej yang jelas kepada semua. Ia sewajarnya menjadi pengajaran kepada penerima-penerima anugerah yang lain, terutama kepada pemeggang-pemeggang pingat yang membawa gelaran. Mereka wajib menjaga tingkah laku, budi pekerti, kesetiaan dan keharmonian kepada negara pada setiap masa.

Semua orang maklum, terutama rakyat Johor, bukan mudah untuk mendapat darjah dan pingat dari Sultan Johor. Johor adalah negeri yang paling sedikit menganugrahkan pingat berbanding negeri-negeri lain. Bukan calang-calang orang boleh mendapat kurniaan pingat dari Sultan Johor, justru ramai orang-orang Johor sendiri mengharapkan kurniaan darjah dari negeri-negeri lain.

Tindakan dan sikap tegas Sultan Johor itu sebenarnya mendapat pujian ramai terutama dari orang Melayu dan rakyat Johor sendiri. Pada masa yang sama ramai juga rakyat yang mengharapkan raja-raja Melayu lain mengambil pendekatan yang sama terutama kepada golongan yang menghina raja, menggugat kepentingan agama dan bangsa. Tindak-tanduk keterlaluan pemeggang-pemeggang pingat yang membawa gelaran tidak boleh dibiarkan. Ia hanya akan memberi isyarat yang mengelirukan seolah-olah apa yang mereka lakukan itu tidak salah dan masih dianggap beradap.

By: Wajabangsa/14.6.2010 (Sumbar: Utusan).

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik