Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei Cerai Azrinaz

Begitulah ketentuan Allah, setiap yang bermula akan berakhir, tiada apa yang kekal didalam dunia ini. Hari ini kita dikejutkan dengan berita perceraian Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas itu dibuat menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut. Dalam kenyataan yang dibacakan itu dan turut menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV itu atas sebab-sebab khas juga menyatakan baginda sutan menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan cara yang baik.

Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.

Kini orangramai tentu tertanya-tanya dan menanti kabar, berapa banyak agaknya wang dan harta yang akan diperolehi oleh Azrinaz kerana semua orang tahu Sultan Burnei adalah Sultan yang paling kaya didunia lagi pun pernah berlaku Sultan Burnei telah menceraikan isterinya dan diberi begitu banyak wang dan harta.

Juga, apakah Azrinaz akan menjadi janda paling kaya nanti. Apakah setelah cukup edah Azrinaz akan terus menjanda atau mengakhari zaman jandanya dengan jodoh yang baru. Siapakan pula lelaki yang bertuah nanti yang akan dipilih oleh Azrinaz. Walau apa pun semuannya itu telah tertulis kemanakah beliau selepas ini.

By: Wajabangsa/17.6.2010


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik