Monday, June 14, 2010

Mengapa Kita Pertahankan UMNO?

C&P Dari Blog Sri Tri Buana

Saya sering ditanya oleh orang yang tidak berparti mengapa saya mempertahankan UMNO walau kadang-kadang saya mengkritik pemimpin BN. Mereka kenal saya juga bukan fanatik mana-mana pegangan cuma mereka juga kenal saya kuat sentimen Melayu.

Seperti segalanya, UMNO memang ada cacat celanya. Saya sayangkan UMNO kerana ia mempertahankan Melayu satu ketika dulu. Sekarang UMNO sebagai parti masih mempunyai roh pejuangan yang sama. Mungkin beberapa pemimpin UMNO memang sudah makin pelik-pelik tapi seperti kata perpatah 'takkan marahkan nyamuk bakar kelambu'.

Saya juga percaya UMNO mempunyai sistem 'self ejection'. Maksud sistem 'self ejection' ini adalah, tidak kira sehebat mana dan setinggi mana atau seberkuasa mana seorang pemimpin hingga ke taraf PM, jika meninggalkan agenda Melayu akan di 'eject' sendiri oleh ahli UMNO. Kita sudah lihat apa berlaku pada Tun Slumberjack walaupun beliau di 'eject' bukan kerana meninggalkan agenda Melayu, tetapi kerana langsung tidak ada agenda kecuali menaikkan menantunya sebagai PM sebelum berumur 40 tahun.

Dan seperti halnya yang lain yang bersifat baru dan tidak kekal, UMNO juga mengalami proses penuaan. UMNO juga melalui proses atau sindrom 'sebahagian besar ahlinya bejuang untuk periuk nasi saja'. Juga sindrom inginkan jawatan dan bermewah-mewah. Semua sindrom ini bagaikan prelude kepada kejatuhan parti UMNO sendiri. Semua empayar tidak jatuh kerana kekuatan musuh, tetapi kerana kelemahan sendiri. Dan semua empayar tidak jatuh kerana faktor luar tetapi kerana faktor dalaman.

Saya juga sedih sebagai ahli biasa UMNO yang tidak ada kepentingan ini bejuang habis-habisan mempertahankan UMNO demi Melayu tetapi pemimpin UMNO pula merosakkan imej parti ini. Satu demi satu kedunguan yang diucapkan, atau tindakkan yang tidak bijak mereka buat; atau bercadang akan buat mencemar imej UMNO. Mereka yang sangat berkepentingan samada UMNO kalah atau menang tetapi tindakkan mereka seperti menggali lubang kubur sendiri.

Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan peniaga gula, minyak masak dan tepung perlu mendapatkan lesen untuk berniaga barang kawalan berkenaan. Mulanya RM10 satu lesen. Lepas itu percuma pula. Kita tidak nampak faedah lesen berkenaan. Tidak juga ianya mengawal harga barang-barang tersebut.

Sebelum ini Datuk Noh Omar juga mensyaratkan nelayan perlu membeli kotak khas yang ditanam cip untuk memuatkan ikan tangkapan mereka. Sebiji kotak berkenaan berharga RM 205, perlu ada kelulusan SIRIM dan lebih mahal dari kotak yang biasa digunakan oleh nelayan. Ini boleh menaikkan harga ikan dipasaran.

Terbaru, ada ura-ura cadangan mengubal Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan semua kenderaan membeli plate kereta yang mempunyai cip komputer. Pemilik kereta boleh membeli plate berkenaan melalui dua syarikat yang baru ditubuhkan. Sebuah plate bercip komputer berkenaan akan dijual dengan harga RM150. Seperti ada seseorang yang akan buat duit dengan undang-undang baru ini. Untuk tahu lebih lanjut klik sini.

Ada satu lagi berita yang sedang hangat adalah seorang menteri memiliki rumah di Holland Park, London yang bernilai RM 40juta. Baca sini Idris Jala ingin potong subsidi tetapi menteri berbelanja mewah di sana, dan mewah di sini. Nazri Tan Sri Aziz pula mencadangkan untuk membina parlimen baru di Putrajaya. Jadi rakyat ikat perut tapi para menteri bermewah-mewahan.

Pemimpin PAS dan PKR juga tidak lebih baik, malah ada kes lagi teruk. Dalam Muktamar PAS para blogger tidak dibenar membuat liputan. Para blogger selalunya bebas dan tidak seperti akhbar di miliki tokeh masing-masing. Jika dengan blogger PAS takut, apa cerita inginkan ketelusan. Belum dibongkar kes Kohila lagi.

Tindakkan para menteri UMNO ini seperti ingin memerah segalanya sebelum UMNO berkubur. Kami yang tidak dapat apa-apa cuma sayangkan parti keramat ini juga yang benar-benar 'angkat senjata' cuba meyakinkan silent majoriti UMNO masih relevan dan masih bejuang untuk kebaikan Melayu.

Dan pejuangan ini kerana masih yakin, ikhlas yakin masa depan Melayu masih seeloknya diurus oleh UMNO dari parti yang tunduk kepada DAP seperti PAS dan PKR. Seperti UMNO juga, silent majority mempunyai sistem 'self ejection' juga kepada parti yang tidak memenuhi citarasa mereka.

Seperti kata para blogger pro UMNO yang melaungkan mantra ini: "BN. nak menang PRU ke tidak?" Jika hendak, hentikan buat statement dan keputusan yang bodoh-bodoh. Paling tidak, buang menteri yang masuk golongan 'the dungus'.

BY: Wajabangsa/14.6.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik