Thursday, June 10, 2010

Judi Bolasepak Piala Dunia


Semua peringkat masyarakat, dari buruh, pemandu teksi kepada bapak menteri, dari yang miskin kepada jutawan, dari kedai kopi hingga ka hotel 6 bintang, semuanya memperkatakan dan majoritinya menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju akan hasrat kerajaan hendak mengeluarkan lesen judi pertaruhan sempena kejuaraan bolasepak piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka yang merasa gembira dan menyambut baik akan berita tersebut hanyalah tawkey judi yang pastinya akan mengaut keuntungan berjuta ringgit juga kaki-kaki judi yang majoritinya dikalangan bukan Islam

Sebagai seorang rakyat Malaysia, orang Melayu berugama Islam, sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, saya juga tidak ketinggalan ingin menyatakan rasa kekesalan dan tidak bersetuju lesen judi tersebut diluluskan walaupun dikatakan lesen tersebut adalah lesen lama yang dikeluarkan semula.

Kami rakyat Malaysia yang siuman, memohon dan merayu kepada YAB Perdana Menteri kita yang kita hormati agar membatalkan lesen judi tersebut juga kalau boleh dibatalkan juga segala bentuk judi yang lain yang terdapat di Malaysia ini demi menjaga maruah dan nama baik Ugama Islam sebagai ugama resmi negara. Buatlah sesuatu yang lebih baik dari parti politik yang menggunkan nama Islam yang kononnya mejuarai dan mengibarkan syiar Islam.

Kerajaan perlu sedar bahawa kita sekrang ini sedang berhadepan dengan masaalah-masaalah keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama dikalangan rumaja Melayu. Bermacam-macam masalah sosial yang saban hari berlaku, diantaranya yang serius ialah masaalah penagihan dan pengidaran dadah, masaalah mat rempit, kes rompak dan ragut, rogol, buang anak dan sebagainya. Pastinya kita tidak menginginkan timbul pula masalah-masaalah baru yang mungkin akan timbul akibat dari permainan judi baru yang bakal dihalalkan.

Selama ini peminat-peminat bola hanya menonton perlawanan bola bersandarkan pasukan-pasukan kegemaran mereka, tetapi kali ini ditambah pula dengan suatu nilai keseronokkan yang dilarang ugama iaitu judi taruhan wang ringgit. Judi pasti akan mengundang bencana kerana yang menang hanya segelintir. Bagaimana pula kalau golongan remaja termasuk pelajar-pelajar sekolah juga terlibat. Kesannya amat besar.

Adalah diharapkan agar Perdana Menteri dapat memahami kehendak dan suara rakyat. Umumkanlah keputusan menarik balik cadangan tersebut dengan segera dan janganlah berdolak-dalik akan perkara ini. Adalah diyakini keputusan kerajaan diatas isu judi ini akan membawa kesan yang besar diatas keputusan PRU 13 nanti.

Sebagai rakyat Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu, kami sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan yang ada sekarang dan akan terus menegur jika ada terdapat sebarang kesilapan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kami jug berdoa agar kepimpinan kerajaan yang ada sekarang sentiasa diberikan petunjuk dan bersikap terbuka serta mendengar segala pandangan rakyat demi kebaikan bersama selari dengan slogan rakyat didahulukan.

By: Wajabangsa/10.6.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik