Thursday, June 10, 2010

Kalau Zina Sudah Berleluasa


Ingatlah, Allah melarang manusia mendekati zina. Zina itu adalah haram. Tak perlu kita nak salahkan orang lain dalam hal ini. Tanyalah kepada diri sendiri, seteguh manakah keimanan kita. Kembalilah kita semua kepada ajaran islam. Jauhilah perkara mungkar, jauhi zina. Masyarakat wajar memainkan peranan untuk saling ingat mengingatkan. Kepada ibu bapa, didiklah anak masing-masing dengan ilmu agama. Awasi dan cemburuilah tengkah laku dan pergerakkan harian mereka.

Sejak dua bulan yang lepas, semua akhbr-akhbar di Malaysia telah melancarkan kempen "Kami Perihatin", untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai gejala pembuangan bayi akibat perbuatan zina. Berbagai cara telah diusahakan, tetapi persoalannya sejauh manakah berkesannya kempen tersebut.

Namun, sejak kebelakangan ini kita maseh dikejutkan dengan sejumlah kes pembuangan bayi diseluruh negara. Dengan berterusannya kes pembuangan bayi ini, bolehlah disimpulkan bahawa kempen "kami Perihatin" tersebut telah gagal mencapai objektifnya. Marilah kita lehat kronoloji kes buang bayi sejak awal tahun 2010 yang diperturunkan dibawah ini untuk kita renungkan bersama:

8/2 - Bukit Mertajam, mayat seorang bayi perempuan ditanam.
9/2 - Alor Star, bayi perempuan ditinggalkan dihadapan rumah pegawai Polis.
10/2 - Melaka, mayat bayi perempuan ditinggalkan dipintu mesjid Permatang Duyung.
13/2 - Kuala Krai, mayat bayi rentung dijumpai ditong sampah.
6/3 - Kuching, mayat bayi perempuan ditemui didalam longkang.
15/3 - Klang, mayat bayi lelaki ditinggalkan ditepi surau Bukit Tinggi.
20/3 - Ipoh, bayi perempuan dijumpai ditempat buang sampah Jalan Medan.
26/3 - Shah Alam, mayat bayi lelaki dijumpai di Kg Melayu Subang.
30/3 - KL, satu janin lelaki digantung dipintu pagar kuil Foo Yan, Jinjang.
11/4 - Hulu Selangor, mayat bayi lelaki ditemui ditimbunan sampah di Sg. Choh.
20/4 - Ipoh, bayi cacatditinggalkan dirumah kebajikan kanak-kanak cacat.
28/4 - Tanah Merah, bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di Jalan Wan Ahmad.
4/5 - Sepang, bayi lelaki ditinggalkan disurau Umudih, Sepang.
6/5 - Subang Jaya, mayat seorang bayu hanyut di sungai Puchung.
12/5 - Melaka, mayat bayi lelaki ditanam di tepi Sungai Melaka.
25/5 - Shah Alam, janin lelaki ditanam di Padang Jawa.
1/6 - Petaling Jaya, mayat bayi lelaki ditinggalkan di Damansara Jaya.

BY: Wajabangsa/10.6.2010
(Sumbar Utusan Malaysia).

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik