Tuesday, June 1, 2010

Kekejaman Israel Laknatullah




















Semua rakyat Malaysia amnya, mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera rejim Zionis Israel
ke atas konvoi Flotilla yang dalam perjalanan membawa lebih 10 ribu tan bekalan bantuan
kemanusiaan ke Gaza. Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih
700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin. Diantaranya ialah dua orang warga Malaysia di atas
kapal utama konvoi, Mavi Marmara yang diserbu oleh tentera Israel.

Jurucakap Gerakan Pembebasan Gaza melaporkan bahawa tentera Israel terus menembak beberapa
individu sejurus selepas menyerbu kapal tersebut. Dilaporkan seramai 19 orang terbunuh
manakala lebih kurang 30 lagi cedera akibat tindakan kejam tentera Israel tersebuta dan
setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenalpasti.

Israel pasti akan menggunakan alasan keselamatan untuk mempertahankan tindakan zalim nya itu,
tetapi ia tidak boleh diterima sama sekali kerana konvoi ini hanya untuk menjayakan misi
kemanusiaan untuk penduduk-penduduk Gaza yang sudah lama merana akibat sekatan ekonomi
Israel.

Yang lebih mengejutkan lagi serangan kejam ini dilakukan di perairan antarabangsa, lebih
kurang 65 kilometer dari persisiran Gaza, di mana tentera Israel tiada langsung hak kedaulatan
untuk menyerang konvoi kapal tersebut. Tindakan ini ternyata melanggar peraturan antarabangsa
sekalugus membuktikan bahawa rejim Israel adalah satu rejim yang amat zalim.

Kami rakyat Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa, mengutuk serangan ini atas prinsip
kemanusiaan sejagat. Insiden ini juga merupakan satu ujian kepada kuasa-kuasa besar dunia
terutamanya Amerika Syarikat yang sebelum ini menjanjikan pembaharuan dasar luar yang lebih
adil kepada umat Islam. Sudah tiba masanya USA mengotakan janjinya kepada dunia dengan
tidak lagi menyelindungi keganasan sekutunya, Israel. Kita juga mendesak Majlis Keselamatan
PBB mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Israel.

Diharapka kita, seluruh rakyat Malaysia berugama Islam semoga bersatulah, inilah musuh
kita yang sebenar. Janganlah bermusuh sesama kita. Marilah sama-sama kita mendoakan akan
keselamatan dan kesejahteraan individu yang menyertai konvoi tersebut, terutama kepada
rakyat Malaysia yang turut sama dalam misi itu.

BY: Wajabangsa/01.06.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik