Friday, June 18, 2010

Melayu Kemana

C&P Dri Blog Chedet
http://chedet.co.cc/chedetblog

1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British hendak memberi hak kepada sesiapa sahaja rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu keatas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, menggantikannya secara resmi dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80% lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka, yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka sendiri.

4. Dalam pilihanraya tahun 1955, mereka bersedia untuk memberi kawsan-kawsan yang majoriti pengundinya Melayu kepad calon kaum-kaum lain daripada parti-parti
rakan dalam periktan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atastuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, kerajaan pimpinan Tun Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80% dengan memberi kerakyataan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak social dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60% daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem Demokrasi memaanglah majoriti akkan berkuasa, tetapi yang tidak diambilkira oleh pemimpin Melayu dahulu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisaahkan diri mereka untuk menubuhkan parti PMIP (Pan Malayan Islamic Parti). Pada mulanya PMIP tidaak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang Melayu, iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, perti Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO, tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan ini sedikit sebanyak UMNo kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertaai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya 3 buah parti, orang Melayu yang dahulunya menjadi majoriti warganegara dengan jumlah 60% daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada 3 kumpulan. Tidak ada satu pun dari 3 kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih dari 30% rakyat negara. Dengan perkataan lain, orang Melayu sudah menjadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti, mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pusat dan negeri, tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya, apabila kerajaan yang dipimpin oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menggangap bahawa sebuah kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin diperingkat pusatjuga ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa dinegeri sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baikapabila sudah tidak sebenaar berkuasa, lihatlah sahaja
nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti dinegara jiran.

19. Masa sudah tiba bagi orang Melayu memikirkan dengan mendalam aakan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh bercerai roboh. Pilih Yang mana satu.

20. Saya akan dituduh chauvinist dan racist kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum naasi menjadi bubur. Berpecah dan berebutlah, akhirnya yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

By: Wajabangsa/18.6.201

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik