Tuesday, June 15, 2010

Keshvinder Singh Keluar DAP

Ahad lalu Ketua Penerangan PKR Perak, telah membuat satu sidang akhbar, dia mendakwa kononnya tiga orang adun BN Perak akan melompat parti dan mereka sedang berunding dengan pimpinan PKR. Apa sudah jadi pada hari ini, lain pula jadi ceritanya.

Pada tengahari ini, bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, dalam satu sidang akhbar, ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, dari DAP, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh mengumumkan keputusannya meninggalkan parti itu. Beliau mengambil keputusan untuk keluar dari DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan tanggongjawab sebagai wakil rakyat.

Beliau seterusnya menyatakan pendiriannya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Keshvinder Singh adalah merupakan adun DAP Perak kedua keluar parti itu selepas adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Dengan tersebarnya berita adun Keshvinder Singh ini, senario politik Perak yang dilihat telah reda suam-suam kuku itu kini kembali panas dan bergolak. Adun pemangkang di Dewan Undangan Negeri Perak sekarang ini berjumlah 27 orang berbanding adun kerajaan berjumlah 28 orang, manakala adun bebas pula seramai 4 orang. Diberitakan pula, orang kuat PR Perak, Nizar, Nga dan Ngeh telah tidap dapat dihubungi. Masing-masing mematikan talifon. Malulah tu agaknya, Padan muka.

By: Wajabangsa/15.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik