Saturday, June 19, 2010

Ketuanan Melayu

C&P Dari Blog Sri Tri Buana
http://sribuana.blogspot.com/


Saya tertarik untuk mengulas posting Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya bertajuk : 'Etnisiti, Kewarganegaraan dan Nation'. Baca sini. Dalam tajuk berkenaan, Datuk Ruhanie membezakan antara nation state dan state nation. Nation state adalah seperti Jepun yang mana bumi Jepun dihuni oleh bangsa Jepun sahaja. State nation pula adalah negara seperti Malaysia, negara majmuk.

Malaysia tidak menjadi state nation dalam sekelip mata. Ia melalui proses sejarah yang rumit dan unik. Kadang-kadang seperti tidak masuk akal. Ketika zaman empayar Melaka dan sebelum penjajahan ras putih, Tanah Melayu ini merupakan nation state. Negeri Melayu, ditadbir oleh orang Melayu untuk orang Melayu.

Kepelikan sejarah bangsa Melayu yang suka memberi ini berlaku apabila dizaman Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan, demi menyakinkan British sanggup memberi kerakyatan kepada kaum asing yang menetap disini. Ketika itu, Melayu merupakan 80% penduduk Tanah Melayu. Dengan memberi kewarganegaraan kepada mereka, Melayu menjadi majoriti sebanyak 60%. Baca entri terbaru Tun Mahathir disini

Maka bermula Malaysia sebagai negara majmuk atau state nation. Pemberian kewarganegaraan ini bukan tanpa syarat. Syaratnya mereka perlu mengakui Melayu sebagai Tuan atau penduduk asal disini dan mengiktiraf beberapa hak-hak istimewa orang Melayu. Malangnya, selepas beberapa tahun, generasi baru yang menerima faedah kerakyatan ini sudah lupa dan menuntut macam-macam. Mereka melabelkan Melayu sebagai rasis kerana menganaktirikan mereka.

Dalam blog Kudakepang, Datuk Ruhanie Ahmad memberi contoh betapa kedekutnya Jepun dalam memberi taraf warganegara. Di Jepun ada seramai 200ribu keturunan Cina dan 700ribu keturunan Korea yang berhijrah ke Jepun selepas era penjajahan Jepun ke atas Korea dan China. Mereka dilayan sebagai kelas bawahan, tidak ada civil right menghadapi social exclusion oleh bangsa Jepun. Generasi kedua dan ketiga mereka tetap dianggap sebagai gaijin atau orang luar dan tergolong dalam social pariah. Masih rasis kah bangsa Melayu?

Kesilapan kemurahan hati Bapa-bapa kemerdekaan kita menganggap dengan 60% bangsa Melayu dalam negara Malaysia ini menjamin kelestarian dominasi Melayu dalam politik Malaysia. Perpecahan Melayu yang mendalam seperti UMNO, PAS dan PKR menyebabkan Melayu cemas mereka akan hilang kuasa. Kecemasan ini mungkin dikalangan silent majority yang tidak tahu mana pergi hala tuju parti-parti yang sepatutnya mempertahankan Melayu dan Islam. Boleh dikatakan, semua menjurus ke arah liberalisasi dan terlalu ingin memenangi hati kaum bukan Melayu.

Dengan berpecahnya Melayu kepada berbagai parti dan tidak pandai bersatu atau 'vote collectively' seperti kaum Cina, tidak mustahil tidak akan ada lagi apa yang dikatakan 'Ketuanan Melayu' dalam politik Malaysia. Terima kasih UMNO dan PAS. Terima kasih tidak terhingga juga kepada PKR kerana jasa paling besar dalam memecahkan Melayu dengan imej liberalnya.

Dan perpecahan Melayu yang besar ini oleh PKR hanya kononnya untuk mewujudkan keadilan seorang insan bernama Anwat Ibrahim yang gagal menjadi PM dalam UMNO.

By: Wajabangsa/19.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik