Wednesday, June 16, 2010

Lagi Fasal Judi Bola

C&P Blog Malaysiaa-Instinct
www.malaysia-instinct.com -

Ketua Penerangan Pas Pusat yang terkenal dengan keceluparan mulut nya, beliau sekali lagi menggunakan lidahnya itu menuduh UMNO sebagai parti yang menjadikan Malaysia sebagai Serambi Las Vegas. Semuanya gara-gara isu judi bolasepak yang sehingga kini kita belum tahu lagi hujung pangkalnya.

Kebanyakkan rakyaat yang waras pemikirannya tahu, pertimbangan kerajaan adalah ditujukan kepada yang bukan Islam dan tiada kena mengena pun dengan masyarakat Islam di negara ini. Kerajaan masih berpegang teguh mengharamkan judi kepada orang Islam seperti mana yang dituntut oleh ajaran suci ini. Beliau juga tahu hakikat tersebut. Malangnya manusia perasaan bagus macam ini sengaja memutarbelitkan isu dengan menuduh seolah-olah kerajaan cuba menggalakkan rakyat Malaysia berjudi, sekali gus menukar imej Malaysia kepada nama jolokan Serambi Las Vegas!

Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa tahun ini usia UMNO berusia 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka (UMNO) bergelumang dengan perjudian!

Maaf cakaplah Ketua Penerangan Pas Pusat, perlu tegaskan di sini, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenarnya walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan.

Kita ambil saja contoh terdekat iaitu menerusi rancangan Felda.

Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak penubuhannya berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam? Malah UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.UMNO tidak perlu label membangun bersama Islam kerana UMNO telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan. Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh UMNO.

By: Wajabangsa/16.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik