Monday, June 14, 2010

Melayu Mesti Bersatu

Melayu mesti bersatu dalam Perkasa bagi memperkasakan bangsa. Sebagaimana kuatnya kaum Cina yang bersatu didalam berbagai-bagai pertubuhan dan persatuan maka Melayu juga harus bersikap dan melakukan sedemikian.

Demi kepentingan dan perpaduan bangsa, orang-orang Melayu wajar melihat Perkasa sebagai satu pertubuhan yang menyatukan bangsa dan pribumi dan bukannya pertubuhan yang ada kaitan dengan parti politik.

Sikap orang-orang Melayu didalam Pas menolak Perkasa adalah sangat merugikan bangsa dan mereka sendiri. Kita sangat sedar bahawa parti politik tidak akan dapat menyatupadukan bangsa sampai bila sekalipun kerana Melayu Pas tidak akan sertai UMNO dan begitulah sebaliknya. Jika dalam Perkasa juga kita tidak mampu bersatu, maka memang nyatalah bangsa Melayu bukan bangsa yang suka kepada perpaduan. Perbuatan ini akan tambah merugikan bangsa kerana bangsa akan semakin lemah sedangkan bangsa lain menjadi semakin kuat.

Ketika Perkasa berusaha menyatupadukan bangsa Melayu, bangsa asing menuduh Perkasa rasis namun dalam masa sama mereka bersatu dengan akrab dalam pertubuhan-pertubuhan mereka yang secara jelasnya bersikap rasis. Kita tidak sedar bahawa mereka menghancurkan kita apabila kita ingin bersatu sedangkan mereka semakin kuat bersatu.

Banyak perkara yang telah Perkasa lakukan dalam terang atau gelap untuk kepentingan bangsa Melayu.

Kiranya kita gagal bersatu, sememangnya bangsa Melayu bukan lagi bangsa yang boleh dibanggakan kerana bukan lagi satu bangsa besar dan kuat. Melayu akan lemah kerana tidak mampu bersatu. Tidak dalam UMNO dan bukan juga dalam Pas, hatta tidak juga dalam Perkasa.

Melayu dipecahbelahkan membuatkannya lemah. Ini turut membenarkan teori RAHMAN bahwa N = DS Najib adalah pemimpin UMNO/Melayu terakhir bagi negara Malaysia. Selepas ini Malaysia akan dipimpin oleh bangsa lain dan bangsa Melayu akan melata dibumi sendiri.

Bahasa Melayu pun bukan bahasa yang boleh dibanggakan lagi. Bangsa dan bahasa Melayu sudah dilacurkan oleh semua pihak. Dimana-mana kita dengan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan betul. Berapa ramai orang Melayu gunakan perkataan 'so', 'and than' dan sebagainya didalam pertuturan mereka, bahkan dengan rasa bangga mereka melacurkan bahasa.

Adakah kita sedar Melayu di penghujung?

C&P Dari Blog bERANIKAN hATI/14.6.2010
http://braveheart-blogger.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik