Monday, June 28, 2010

Mengapa PAS Jadi Pilihan Bukan Melayu

C&P Dari Blog Cikgu Pencen
Di zaman pemerintahan Empat Perdana Menteri yang terawal, kaum bukan Melayu sangat phobia terhadap PAS. Di zaman itu DAP lebih memusuhi PAS dari UMNO.

PAS mula di dekati oleh DAP semasa penghujungan pemerintah Tun Mahathir. PAS ibarat orang yang tidak tahu berenang jatuh ke air, akan berpaut kepada apa saja walaupun sehelai rambut. Harapan untuk PAS menundukan UMNO semakin cerah.

Persoalannya dan apakah telah difikirkan semasak-masaknya dan diperhalusi, sejauh manakah keikhlasan DAP duduk serumah dan membantu PAS? DAP memang terkenal dengan anti Islamnya. Yang menghairankan, PAS boleh sanggup saling bantu membantu dengan DAP semata-mata kerana terlalu bencikan UMNO dan berhajat hendak menghancurkanya.

Selagi UMNO masih hidup, PAS tidak akan tidur lena. Oleh itu, UMNO mesti di hapuskan dengan apa cara juga. Itulah misi utama perjuangan PAS hingga kehari ini. Pada hakikatnya, pergeseran politik antara PAS dan UMNO ini pasti akhirnya akan membawa keruntuhan kuasa politik melayu/Islam. Adakah PAS sudah berkerat rotan berpatah arang.

Perdamai antara PAS dan UMNO tidak mungkit berlaku pada hakikatnya. Cuma Allah Yang Maha Berkuasa sahaja yang boleh melakukan nya. Hari ini perbezaan pendapat dan tanggapan antara kedua-dua parti ini semakin meruncing.

Sebenarnya kaum bukan Melayu sudah lama memerhatikan pergeseran politik antara PAS dan UMNO ini. Mereka cuma tunggu masa dan saat yang sesuai untuk menghancurkan ke dua-dua parti ini. Masa yang di tunggu-tunggu ialah ketika kepimpinan UMNO lemah dan PAS pula sudah mendapat ramai sokongan dari orang melayu.

Kerelaan PAS membantu DAP dalam misinya untuk menghancurkan UMNO, satu kuasa politik melayu/Islam ini, adalah sesuatu yang sangat malang bagi kaum melayu/Islam sendiri.

Pada dasarnya pemerintahan negara yang berteraskan UMNO hari ini cuma nampak tenang di luaran nya sahaja. Sedangkan di bahagian dalaman nya sudah ujud timbunan magma lahar gunung berapi yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Parti BN sudah hilang sokongan dari kaum bukan melayu. Dua PRK yang baru berlalu telah memberi isyarat penting kepada UMNO. DiHulu Selangor walaupun pun majoriti pendudukan nya terdiri dari kaum melayu, MIC memenanginya hanya dengan majoriti kurang dari dua ribu. Sedangksn pada satu ketika dulu BN pernah memperolehi majoriti lebih lima belas ribu. Sedangkan di Sibu kubu kuat BN tumbang dengan mudah.
Kini terpulanglah kepada orang-orang Melayu/Islam sendiri untuk memikir dan menentukan untung nasib jenerasinya yang akan datang ditanah airnya sendiri. Jangan sampai menang sorak kampong tergadai. Contohnya sudah jelas apa yang terjadi dinegara jiran diselatan tanah air kepada bangsa Melayu/Islam disana.
By: Wajabangsa/28.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik