Tuesday, June 15, 2010

PAS Berlakon lagi

C&P Dari Blog M.I.M
http://novandri.blogspot.com

Baru-baru ini PAS mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam menggunakan logo parti PAS dalam PRU akan datang. Secara teorinya kenyataan tersebut adalah mimpi yang enak untuk orang-orang bukan Islam dinegeri ini. Tetapi perlaksaannya adalah jauh lebih sukar daripadaa mimpi tersebut.

Hakikatnya, PAS berkongsi strategi pilihanraya dengan DAP dan juga gabungan Parti Pakatan Rakyat yang mempunyai susunan pemimpin bukan Islam yang bakal diketengahkan pada PRU-13 yang akan datang. Begitu juga dengan parti Keadilan.

DAP tentu tidak akan duduk diam dan akan tentu mendesak kepimpinan parti PAS agar menarik balik keputusan tersebut. Tetapi penulis pasti pergolakan, rasa tidak pusa hati parti DAP dan keputusan kepimpinan parti PAS untuk tidak meneruskan janji mereka itu tidak akan dipaparkan kepada masyarakat umum.

Sebaliknya kepimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng akan berlakon di depan rakyat dengan menyokong keputusan Majlis Syura parti PAS. Mereka akan berjabat tangan dan berpeluk, kononnya parti DAP bersetuju 150%! Padahal, apakah mereka telah bersetuju sesama sendiri untuk tidak melaksanakan keputusan PAS dibelakang rakyat semua.

Realirtinya tiada DUN atau kawasan parlimen yang tidak ditandingi oleh gabungan PR sebelum ini. Setiap kawasan pilihanraya akan diisi oleh salah satu parti politik yang bernaung didalam PR. DAP mempunyai kawasannya, begitu juga PAS dan PKR. Tidak mungkin kepimpinan Pakatan Rakyat akan membenarkan sebarang calon bebas menggunakan logo Pas dan bertanding sesama parti yang bernaung di dalam Pakatan Rakyat.

Jika parti PAS berkeras untuk menengahkan calon bukan Islam yang menggunakan logo PAS, pasti tindakan parti itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan konflik besar dengan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah PAS mampu berkeras dan melawan kehandak DAP dan PKR.

Jika dibandingkan dengan pertukaran ideologi parti PAS yang dulunya mahu melaksanakan negara Islam dan hukum Hudud tetapi telah dibatalkan oleh kepimpinan PAS itu sendiri, PAS tidak mungkin akan berkeras. PAS akan tunduk kepada kehendak DAP dan Keadilan. Itu yang pasti.

Sepekara lagi, kenyataan Presiden PAS itu sangat berlainan dengan Amanat Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Tatkala itu, UMNO difitnah sebagai kafir kerana bersekongkol dengan parti bukan Islam tetapi beliau telah menafikan kata-kata beliau sendiri.

Apakah Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau telah menanggung banyak dosa dek amanat beliau itu? Apakah beliau telah lupa dengan peristewa sembahayang dua imam dan yang lain-lainnya?

Seperti yang diperkatakan, keputusan membenarkan calon menggunakan logo parti PAS adalah mimpi yang enak tetapi hakikatnya, keputusan tersebut hanya sekadar penyedap dan make up yang tidak mungkin akan dilaksanakan.

Apakah calon bukan Islam akan memperjuangkan kehandak PAS untuk mengharamkan judi seperti yang diputuskan dimuktamar PAS sedngkan tiada istilah halal dan haram berjudi untuk bukan Islam. Apakah calon tersebut akan berceramah didepan pengundi-pengundi bukan Islam dan berani menyatakan haramkan judi semasa kempen pilihanraya kelak sedangkan beliau tahu tindakan tindakan beliau itu menimbulkan rasa tidak puas hati pengundi-pengundi tersebut.

Dan bila difikirkan, parti pembangkang memang sering dan mudah menjanjikan sesuatu perkara yang mereka pun tahu mereka tidak akan mampu dan tidak akandapat melaksanakannya.

Begitulah halnya kalau iblis dan sayitan dah pandai pakai kopiah dan serban.

By: Wajabangsa/15.6.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik