Friday, June 11, 2010

PAS Gagal Laksana Hukum Islam

Dalam ucapan dasar merasmikan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Presiden PAS, mengakui bahawa PAS tidak mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri yang diperintah pakatan pembangkang. Katanya lagi, PAS telah mencuba sedaya upaya melaksanakan undang-undang Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri. Beliau menyalahkan kelemahan itu berpunca daripada tekanan daripada kerajaan pusat secara terbuka dan halus. Namun beliau tidak menjelaskan bagaimana bentuk halangan dan tekanan yang dilakukan kerajaan pusat.

Mengapakah Presiden PAS tidak sahaja mengakui bahawa kegagalan tersebut adalah kerana telah nyata tidak dapat kerjasama dan mendapat tentangan dari rakan-rakan komponannya sendiri didalam PR. Mengapakah dari dahulu sampai sekarang PAS tetap menyalahkan UMNO/BN diatas segala kegagalan mereka. Hanya orang-orang yang bahalol, orang-orang yang buta hati dan pengikut-pengikut totok PAS sahaja yang boleh dibohongi dan dikelentong oleh mereka.

Bukankah PR adalah ikatan tiga parti politik terdiri dari DAP, PKR dan PAS. DAP melalui kenyataan-kenyataan pemimpinnya telah awal-awal lagi menolak mentah-mentah akan cadangan penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam. PKR pula, pemimpin nombor satunya berugama Islam, tetapi parti tersebut amat dipengaruhi oleh seorang penasihatnya. Walaupun berugama Islam, tetapi demi untuk merampas kuasa negara dan untuk merialisasikan cita-cita tingginya hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia, berbagai-bagai perkara aneh telah dilakukan yang boleh ditarif sebagai menggadai maruah bangsa dan negara hingga ramai yang melebalkan beliau sebagai pengkhianat bangsa.

Ingat, dalam satu persidangan dewan negeri Perak semasa negeri tersebut dibawah pemerintahan PR, Menteri Besarnya yang datang dari Parti PAS, menidakkan hasrat PAS hendak menubuhkan negara Islam, malah menyoal balek ahli-ahli pembangkang, dimanakah didalam mana-mana transkrip PAS yang terdapat hasrat Parti PAS hendak menubuhkan negara Islam.

Beginilah caranya PAS mengabui mata rakyat dari dahulu sampai sekarang. Islam dan ugama dijadikan alat untuk kepentingan politik semata-mata. Sudah jadi pantang besar bagi PAS mengakui akan kelemahan, kesalahan dan kegagalan sendiri. Jalan mudah bagi mereka menutupnya adalah dengan menyalahkan pehak lain, amat senang. Ternyatalah walaupun serban terlilit dikepala tetapi sifat-sifat munafik mereka amat terserlah.

By: Wjabangsa/11.6.2010 (Sumbar Bernama).

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik