Wednesday, June 2, 2010

Rombakan Pertama Kabinet Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada hari ini, 01.6.2010 mengumumkan rombakan pertama kabinetnya, setelah mengambil-alih teraju pemerintahan negara pada April tahun lalu. Diucapkan tahniah kepada MCA kerana bertambahnya ahli didalam kabinet yang baru ini.

Berikut ialah senarai rombakan berkenaan:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

BY: Wajabangsa/02.6.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik