Sunday, June 13, 2010

PAS Dipersimpangan

Sejak dari awal lagi, PAS ditubuhkan dengan ideologi mengutamakan dan menjaga kepentingan Ugama Islam. Apabila kepentingan ugama Islam terpelihara, maka terpelihra jugalah kepentingan Melayu, yang mana lebih 90% penganut Islam negeri ini adalah terdiri dari orang Melayu. Justru berbondong-bondonglah yang berkupiah dan berserban, mak aji dan pak aji, orang-orang kampong terutamanya dari pantai timur mendaftarkan diri menjadi ahli PAS, sebuah parti Islam yang yang menjanjikan untuk mengibarkan Syiar Islam.

Setelah sekian lama dikatakan telah mencuba sedaya upaya, walau diatas alasan apa sekali pun, beberapa hari lalu, Presiden PAS telah dengan terang-terang tanpa segan silu, mengakui partinya telah gagal melaksanakan hukum Islam walaupun didalam negeri-negeri yang diperinath oleh PR.

Satu ketika dahulu PAS telah mengeluarkan fatwa mengharamkan mana-mana parti yang bekerjasama dengan kafir untuk memerintah negara. Pemimpin dan ahli UMNO telah dikafirkan kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Bagaimana pula hukumnya PAS berkerjasama dengan DAP laknatullah menubuhkan kerajaan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Pada PRU 12 yang lepas, PAS mengeluarkan fatwa haram bagi pengundi-pengundi Islam memilih dan mengundi calon bukan Islam sebagai wakil rakyat. Pemimpin PAS nampaknya boleh sesuka hati menghalal atau mengharamkan sesuatu perkara semata-mata atas kepentingan politik mereka dan bukannya berlandaskan peraturan quran dan hadith.

Cuba kita lihat isu yang masih panas dan senerio yang berlaku sekarang. Parti-parti komponan PR terutama parti PAS menentang pengeluaran lesen judi pertaruhan bola. Berbagai cara mereka menentang dan memutar belitkan isu dan yang paling polular ialah berpeket dan berdemonstrasi. Kenapa menentang judi pertaruhan bola sahaja kenapa tidak ditentang semua jenis judi dan maksiat yang lain-lain yang amat berleluasa terutama dinegeri-negeri dibawah pemerintshan PR. Kalau begitu caranya, tidakkah penentangan judi pertaruhan bola oleh PAS itu adalah bermotifkan politik dan bukan atas dasar amal makruf nahi mungkar.

Sewajarnya PAS sebagai sebuah parti Islam, menentang semua jenis judi, umpamanya toto, empat nombor ekor, lumba kuda, mesin slot dan sebagainya. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang lain, seperti rumah urut, pusat-pusat pelacuran, kelab malam dan pub yang semuanya maksiat belaka. Rasanya semua aktiviti-aktiviti maksiat tersebut kini berpusat di Selangor, sebuah negeri dibawah pemerintahan kerajaan PR, pastinya tidak ada masaalah bagi mereka untu melaksankannya. Dalam muktamar PAS baru-baru ini pun ada cadangan sedemkian, tetapi dukacita telah ditolak

PAS merasakan mereka ketinggalan dengan sekutu-sekutunya PKR dan DAP, juga kononnya untuk menjadikan PAS lebih liberal berbanding sebelum ini, PAS telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk menarik seberapa ramai penyokong-penyokong dari kalangan bukan Islam. Tidak lama lepas itu, ahli-ahli DHPP telah dinaik taraf pula menjadi ahli biasa. Kini keputusan telah dibuat membenarkan pula calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu didalam PRU akan datang. Jika itu keadaan rupa PAS sekarang, apa layaklah parti itu terus menggunakan perkataan Islam dalam nama partinya. Sudah sampai masaanya PAS menggantikan nama partinya dengan nama yang lebih sesuai, yang lebih nasional yang senang diterima oleh semua rakyat sesuai dengan selogan barunya "PAS For All".

PAS tidak sewajarnya terus-terus membohongi dan menipu ahli-ahlinya terutama mereka dari kalangan orang-orang kampong yang tidak tahu dan sedar perkembangan terkini dan apa yang telah sebenarnya berlaku kepada parti kesayangan mereka. Walau apapun keadaannya, diucapkan selamat maju jaya kepada PAS.

By: Wajabangsa

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik