Sunday, June 20, 2010

Tanda Kecil Gulungan Munafiq

GOLONGAN munafik memperlihatkan diri mereka seolah-olah mengaku bertuhankan Allah tetapi dari segi perbuatan, fikiran dan tindakan, bercanggah dengan perintah Allah. Nabi Muhammad SAW pernah memohon Allah mengampunkan golongan ini tetapi Allah tidak ampunkan.

Munafik akidah membezakan seorang Islam dengan orang kafir, munafik perangai memperlihatkan kebaikan di depan orang tetapi di belakang tidak sama, manakala munafik amalan, nampak warak di depan orang tetapi apabila tiada mata memandang, hilang warak.

Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak tergolong dalam kumpulan munafik yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi tidak menjiwai kebenaran itu di dalam hati. Tanda kecil munafik ialah malas beribadat, lupa kepada Allah, melengahkan solat fardu, mempercepatkan solat, meninggalkan solat jemaah, menyuruh kemungkaran dan melarang yang makruf.

Malas beribadat bukan malas menunaikan solat kerana enggan mencari ilmu pengetahuan, tidak gemar menghadiri majlis ilmu atau pergi ke majlis kebajikan juga bermakna malas beribadat. Enggan berada di saf hadapan solat jemaah termasuk tanda kecil munafik. Paling ketara ialah sikap suka menunjuk-nunjuk, depan orang buat betul-betul tetapi orang tiada, buat ala kadar saja,

Banyak perkara dalam kehidupan seharian jika tidak dijaga boleh menjuruskan seseorang kepada amalan munafik seperti lupa kepada Allah semasa se-nang, apatah lagi ketika berhadapan kesusahan.

Umat Islam perlu sentiasa mengingati Allah tidak kira masa dengan mensyukuri nikmat-Nya apabila dikurnia rezeki dan bermohon kepada-Nya, jika didatangkan dugaan atau kesusahan. Selain syaitan yang berjanji akan menyesatkan umat manusia, orang Islam perlu tahu keutamaan dan memastikan ia dipelihara supaya dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dan memenuhi tuntutan kehidupan dunia.

Ramai yang bersolat tetapi masih lalai dengan melengahkan ibadat wajib itu hingga di penghujung waktu atau mempercepatkan solat menyebabkan tidak menjaga rukun serta bacaan dalam sembahyang. Nabi Muhammad berpesan jika hendak jumpa Allah di akhirat nanti perlu jaga solat. Sekarang ini jadi kebiasaan menjamakkan solat iaitu solat Zuhur pada hujung waktu nak masuk Asar diikuti solat Asar. Ini yang dikatakan jamak solat yang tidak jamak.

Dipetik dari: Pusat Pembangunan Pondok Berhad.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik