Thursday, July 1, 2010

Anwar Memujuk Yahudi

Pada 23hb. hingga 26hb. Jun yang lalu, Anwar Ibrahim telah mengungunji Amerika Syarikat bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi disana kerana Anwar dikatakan membuat kenyataan-kenyataan yang dilihat sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide di Malaysia baru-baru ini. Kunjungan Anwar ke Washington itu telah didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin.

Dalam tulisannya itu, dinyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau seperti Howard Berman, William Cohen, Maurice Ellison, Kurt Campbel dan beberapa yang lain.

Dikatakan ini bukan pertama kali Anwar mengambil jalan menggigit Yahudi dan pemimpin-pemimpinnya apabila keadaan memerlukannya beliau berbuat demikian. Dalam tulisan itu, Anwar juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti pencerobohan Zionis, yang biasanya digunakan oleh Mahmoud Ahmadinejad. Anwar mengakui beliau menyebabkan begitu banyak salah faham dan harus lebih berhati-hati.

Pada 4hb. Mei lalu, sebuah penerbitan Internet berhaluan kanan Amerika menyiarkan pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif menulis, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia. Anwar juga dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma menjadi punca munculnya semangat anti-Yahudi di Malaysia.

Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya. Namun dalam pertemuan terbaru Anwar turut menyatakan kekecewaan dengan kerajaan Presiden Barack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya yang dianggap kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Selain bertemu dengan tokoh Yahudi di Washington, Anwar turut diberi peluang berucap di Woodrow Wilson International Center yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam International Crisis Group yang dianggap sebagai simbol keagungan Yahudi kerana membenarkan Yahudi menubuhkan negara Israel di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi.

Keadaannya amat jelas sekarang, hingga Timbalan perdana Menteri mengakui bahawa hubungan Anwar dengan puak-puak Yahudi yang berpusat di Amerika Syarikat amat intim. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia, terutama kepada semua umat Islam yang berada didalam PKR dan PAS untuk membuat perkiraan. Sokong Anwar bermakna kita menyokong Yahudi.

By: Wajabangsa/01.07.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik