Wednesday, July 14, 2010

Bangkai Afghani Dan Anwar Adalah Sama

BismiLlaahir-Rahmaanir-Rahiim

Jamaluddin Al-Asabadi As-Syi’i Al-Masuni; Agen British Pemusnah Khilafah, yang diidola oleh para peminatnya sebagai Jamaluddin Al-Afghani, Tokoh Pembaharuan Agama; manusia yang tak diketahui dan dipertikai asal-usulnya bak anak haram di satu ketika dahulu, tetapi paling dipercayai melebihi taraf perawi hadith yang sangat tsiqoh, kuat dan sohih oleh sejumlah besar ummat Islam yang tertipu.


Yang anihnya mereka yang beriman kepada manusia pembohong yang sesat lagi menyesatkan ini adalah dari kalangan manusia yang kununnya telah mencapai taraf yang tinggi, 'ulama pemikir dalam kehebatan mereka mengumpul maklumat.

Kita terkadang menjadi musykil tentang apakah kaedah mereka ini menilai sumber ketika mengumpul maklumat dan di waktu yang sama mahu dimomokkan sebagai golongan ber’ilmu dan ‘ulama yang sangat sensitif kepada sumber maklumat.

Mereka sebenarnya tidak melebihi kelebihan seekor keldai yang menjunjung kitab sahaja; bak para Pendita dan Rabbi Yahudi laknatuLlah ‘alaikum. Keldai tidak akan peka samaada kitab yang dijunjungnya adalah betul atau tidak betul, sahih atau bathil.

Pelik sungguh, tetapi inilah bukti kehebatan mekanisma yang ada pada Ad-Dajjal dan Yakjuj Makjuj dengan keizinan Allah subhanahu wa ta’ala sehingga mereka boleh menjadikan manusia tertipu dengan ilusi yang diciptakan oleh musuh Nubuwwah ini.

Pihak yang berhaq nampak salah dan pihak yang tidak berhaq nampak benar bahkan berbondong-bondong pula manusia kemudiannya menyusulinya menuju jalan ke neraka. Teguran demi teguran samaada di peringkat Ulil Amri Khalifah maupun Syeikul Islam Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah hanya ibarat mencurah air di daun keladi.

Manusia terlaknat Agen Imperialis ini dipuja sebagai Anti Imperialis walaupun Dajjal ini sangat apologetik dan lembik bila berhadapan dengan tuan Imperialisnya. Ketika di Eropah dan Amerika manusia terlaknat ini menjadi pengampu dan pembuka rahsia kepada agen risikan Yakjuj Makjuj Imperialis Barat. Dia mengikut agenda Barat dengan menghidupkan suasana penentangan terhadap Khilafah melalui pelbagai strategi, antaranya; dengan menyuburkan budaya politik kepartaian sesama ummat Islam dan pengembangan wacana falsafah muktazili liberalisma untuk mengugat pemerintah dan kekuasaan Agama terhadap dunia.

Perhatikan apa yang dikatakan oleh Jamaluddin Al-Asabadi As-Syi’i Al-Masuni ini di satu forum di Eropah;

“Tiada persetujuan dan rekonsiliasi yang mungkin ada di antara agama-agama ini dan falsafah. Agama memaksakan ke atas manusia keimanan dan kepercayaannya, sedangkan falsafah membebaskan manusia secara keseluruhannya atau sebahagiannya dari agama. Mana mungkin seseorang itu kemudiannya mengharap bahawa ianya bersetuju di antara satu sama lain sedangkan bila Agama Kristian memasuki Athen, Rom dan Iskandariah, Mesir; pusat sains dan falsafah di ketika itu, ia menekan kedua-duanya di bawah kongkongan perbincangan-perbincangan teologi dalam membincangkan misteri-misteri Agama Kristian?, dan ianya akan selalu sebegitu. Apabila Agama memiliki kuasa, ianya akan menghapuskan falsafah; dan yang di sebaliknya pula yang berlaku apabila falsafah berkuasa ke atas Agama. Selama mana kemanusiaan itu wujud, pertentangan tidak akan berakhir di antara kejumudan Agama dan kebebasan penyelidikan falsafah; satu pertentangan yang menakutkan yang saya khuatiri kemenangannya bukan kepada kebebasan berfikir, kerana khalayak ramai benci kepada hujjah dan ajarannya kecuali bagi sesetengah segolongan bijakpandai dari kalangan elit. Dan, juga sains itu walaubagaimana indah ianya sekalipun tidak akan dapat memuaskan sepenuhnya kemanusiaan itu yang dahagakan idealisma yang suka berada di dalam kegelapan dan wilayah yang tidak tercapai oleh ahli falsafah dan cendekiawan (sebagaimana ianya ada di dalam Agama).”

Petikan dari posting di sini.

Kemudiannya, perhatikan pula fe’el Anwar Ibrahim yang saling tidak tumpah dengan manusia sesat lagi menyesatkan itu?.

Firman Allah subhanahu wata'ala, maksudnya;

"Sesungguhnya Agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) Kemudian jika mereka mendebat kamu [tentang kebenaran Islam], maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan [demikian pula] orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu [mau] masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan [ayat-ayat Allah]. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (20)"

(Surah Aali-Imran)

SADAQALLAHUL-MAULANAL-'ADZIIM !

C&P Dari Blog Korban Demokrasi

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik