Friday, July 16, 2010

Bersatulah Kerana Ugama

Cadangan kerjasama UMNO dan Pas adalah merupakan topik utama bagi orang-orang Melayu didalam negara sekarang ini. Gagasan kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk memantapkan lagi kuasa politik orang Melayu yang telah terhakis sejak pilihan raya umum lalu serta mengatasi masalah perpecahan Melayu yang sangat serius sehingga mudah dikotak-katikkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Kedua-dua parti mewakili Melayu itu merupakan parti tertua di negara ini dan pernah bekerjasama dalam Barisan Nasional ketika Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sekitar awal tahun 1970an. Lagi pun, ia bukan lagi boleh dilihat sebagai masalah politik dan ideologi semata-mata tetapi hendaklah lebih menjurus kepada masalah keselamatan dan survival negara bangsa untuk masa depan. Isu kerjasama UMNO-Pas bukan dibangkitkan oleh UMNO sebaliknya pihak-pihak lain yang mahu melihat kepentingan Melayu dan Islam terus terpelihara. Malangnya, isu kerjasama kedua-dua parti itu diputarbelitkan seolah-olah ia dibangkitkan oleh UMNO, sama seperti cadangan kerajaan perpaduan sebelum ini yang dibuat oleh beberapa pemimpin dalam Pas.

Sebagai rakyat tidak ada gunanya kita mengajak orang berbuat baik tetapi dibalas dengan tuba. UMNO sering dilabel sebagai tidak siuman dan gila talak. Kalau UMNO hendak bekerjasama pun tentu lebih logik dengan pemimpin-pemimpin Melayu PKR kerana mereka pun pernah bersama UMNO di satu ketika dahulu berbanding dengan Pas yang rata-rata pemimpinnya ada besar batu dalam kepala.

Tindakan UMNO dan Pas yang saling menuduh sebagai parti sesat menyebabkan kedua-dua parti Melayu itu akan saling bercakaran, walaupun puncanya adalah perbezaan ideologi. Sejak dahulu lagi Pas mengatakan UMNO sesat dan pada masa yang sama juga UMNO menuduh Pas sebagai sesat. Tak tahulah bila nak berhenti. Memang bila dah sesat, memang susah nak sampai ke penghujung, apatah bila dah saling sesat menyesatkan, lagi-lagilah susah nak ketemu hujung habisnya.

Apabila UMNO menuduh Pas sebagai sesat, maka ia adalah tuduhan yang berat... Juga, apabila Pas menuduh UMNO pula sesat, maka ia pun satu tuduhan yang berat juga, sama berat dengan tuduhan oleh UMNO tadi. Namun tuduhan UMNO tidak disertakan dengan penjelasan manakala tuduhan Pas terhadap UMNO pula adalah sebaliknya.

Sumbar: Utusan Malaysia/16.7.2010



No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik