Wednesday, July 7, 2010

PAS Dan UMNO Perlu Disatukan

C&P Dari Utusan Melayu/07.07.2010

BERBUIH mulut Nik Aziz mempertahankan Karpal Singh. Ini bukan sekarang saja, tapi sejak bertahun-tahun lalu. Setiap kali Karpal mempertahankan pendiriannya ''langkah mayat saya dulu jika mahu tubuhkan negara Islam", setiap kali itu jugalah Nik Aziz terpaksa mempertahankan abang bhai berkenaan.

Saya cukup hairan dengan Nik Aziz ini. Walaupun itulah pendirian DAP, tapi Nik Aziz kata mereka betul. Bagi Nik Aziz, UMNOlah yang selama-lamanya salah. Nik Aziz akan mengeluarkan pelbagai ayat untuk mempertahankan Karpal. Ayat-ayat itu boleh diadun mengikut acuan yang mahu dibentuk. Itu pasallah saya pernah mengatakan Nik Aziz ini ialah a political animal. Tapi budak-budak yang taksub dengan Nik Aziz menyerang saya kiri-kanan atas-bawah dalam blog. Mereka ingat maksud saya ialah Nik Aziz 'binatang'. Animal dalam konteks ini ialah orang politik totok. Hidup Nik Aziz bergelumang dengan politik. Gelaran Tok Guru ialah kerana beliau belajar agama, tapi kehidupannya, mata pencariannya ialah dengan politik. Kita sudah tahu siapa Nik Aziz. Beliau ialah political animal yang amat cerdik dalam permainan politik. Kalau tidak takkan beliau boleh bertahan lebih 20 tahun memerintah Kelantan.

Para pemimpin yang properpaduan dalam Pas, sebenarnya cukup risau dengan sikap Nik Aziz itu. Tapi mereka malu alah mahu menyatakan depan-depan. Sebenarnya ramai yang sudah bertentangan haluan dengan Nik Aziz. Bukan rahsia lagi, dalam Pas sendiri pun sudah ada dua puak. Satu totok mempertahankan ideologi Nik Aziz, satu lagi lebih liberal yang mahu melihat Melayu Islam bersatu-padu.

Puak Nik Aziz melihat puak yang satu lagi itu cukup berbahaya bagi politik mereka. Nik Aziz acap kali berkata jangan berkawan dengan UMNO kerana di zaman 70-an dulu, UMNO menikam belakang Pas. Tapi orang Pas yang liberal itu menganggap apa yang ditakrifkan oleh Nik Aziz itu sebagai cerita lama. Dalam politik semua boleh jadi. Hari ini musuh, 24 jam kemudian berkawan semula.

Melihatkan fiil PKR dan DAP dalam pakatan, beberapa gelintir pemimpin Pas mulai tawar hati untuk bekerjasama terus dengan mereka. Banyak yang dilihat tidak betul dalam pakatan itu. Dalam hati mereka apa salahnya berpakat dengan UMNO untuk menyelamatkan ummah dan negara ini daripada jatuh ke tangan yang lebih berbahaya. Mereka sedar itu semua. Tapi Nik Aziz adalah penghalangnya. Mereka malu alah dengan orang tua itu.

Sebenarnya sebelum ini sudah ada cakap-cakap mengenai konsep perpaduan Pas-UMNO. Tapi puak yang bercakap mengenainya dihentam teruk. Terus orang itu berdiam diri, dan idea itu dibekukan. Tapi hakikatnya kumpulan ini tidak berdiam diri. Mereka mahu gagasan perpaduan ini diteruskan. Masa terlalu suntuk sebelum terlambat. Seorang pemimpin Pas pernah memberitahu saya lambat laun kita, Pas dan UMNO perlu bersatu juga. Tapi saya kata bila? Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Ada yang mencadangkan Nik Aziz perlu disingkirkan daripada Pas. Beliau ialah penghalang terbesar ke arah perpaduan itu.

BY: Wajabangsa/07.07.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik