Wednesday, July 14, 2010

Kerjasama UMNO Dan Pas

UMNO komitted serta bersedia untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. Hasrat tersebut sememangnya baik kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kewujudan perpaduan yang lebih jitu antara orang Melayu malah turut menyumbang ke arah keamanan sejagat di negara ini.

Hendaknya Pas tidak pula melihat saranan tersebut dalam konteks politik yang terbatas sebaliknya ia hendaklah didasarkan kepada Islam dan bangsa supaya akhirnya kedua-dua parti berkenaan boleh bertemu pada satu titik. Kini terserahlah kepada pihak pimpinan Pas kerana dipercayai di dalam Pas sendiri masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang berfikiran sama walaupun mungkin terdapat kelompok parti itu wujud perbezaan pendapat.

Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan lebih mudan dan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu. Usaha untuk mengujudkan jalinan kerjasama antara UMNO dan Pas itu turut mendapat sokongan golongan agama di negara ini serta beberapa NGO Melayu, kerana penyatuan dua parti orang Melayu tersebut jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.

Sebahagian besar perasaan orang Melayu yang menuntut supaya UMNO dan Pas melihat isu perpaduan ummah dengan lebih fokus serta lebih serius lagi. UMNO sebenarnya sering menerima banyak pandangan daripada pelbagai kumpulan masyarakat yang menyuarakan kebimbangan mengenai soal ini.

Namun perkara ini hendaklah dilihat melangkaui batas politik. Jika politik terus menjadi sandaran UMNO tetap dengan UMNO. Pas dengan Pas sampai bila-bila tidak akan ada titik pertemuan. Islam dan bangsa boleh menjadi asas untuk diadakan pertemuan ini dan seterusnya mengadakan kerjasama dalam bentuk yang lebih konkrit. Ketika ini yang paling penting UMNO dan Pas perlu mencari titik pertemuan, titik persefahaman.

Rasanya sudah tiba masanya hasrat itu disambut baik oleh UMNO dan Pas demi perpaduan ummah dan kepentingan negara. Adalah menjadi hasrat semua rakyat untuk melihat negara kita ini kekal aman bersatu padu dan tidak ada perpecahan disebabkan perbezaan politik yang amat ketara. Pemimpin-pemimpin Melayu dan tokoh-tokoh agama mahu cadangan ini diberi perhatian serius oleh UMNO dan Pas.

Jalinan kerjasama antara UMNO dan Pas adalah merupakan satu tuntutan agama kerana ia berkaitan dengan perpaduan ummah. Telah tersebugt di dalam al-Quran: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah (Al-Imran:103).

Sumbar: Utusan Melayu/14.7.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik