Thursday, July 15, 2010

Laksanakan Impian Umat Islam

UMNO dan Pas digesa melaksanakan impian umat Islam yang mahu melihat kedua-dua parti itu menjalin kerjasama demi kepentingan perpaduan ummah. Sudah tiba masa dua parti itu bersikap terbuka, matang dan meletakkan kepercayaan sesama mereka bagi membangunkan agenda ummah.

Perkara utama yang mesti dilakukan pemimpin UMNO dan Pas adalah mengetepikan agenda politik, kepentingan peribadi serta meletakkan kepentingan agama dan bangsa mengatasi segala-galanya. Mereka memang boleh buat perkara itu cuma perlu kurangkan bercakap dan lebihkan berfikir. Mereka boleh mengadakan pertemuan di luar skop politik dan atas dasar politik ummah.

Penyatuan antara UMNO dan Pas yang dianggap boleh menjadi peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam. Mereka perlu melupakan sengketa lama jika parti itu benar-benar mementingkan perpaduan dan kesejahteraan orang Melayu. Tiada gunanya Pas terus bersikap memusuhi UMNO kerana ia hanya akan merugikan orang Melayu keseluruhannya dan umat Islam di negara ini.

Jika kerjasama itu terlaksana, ia akan memberi kekuatan baru kepada kaum Melayu dan bumiputera yang menganggotai pelbagai parti politik tanah air. Penyatuan itu bukan sahaja memelihara kepentingan Melayu tetapi berupaya mendokong kesyumulan agama Islam.

Situasi politik dan kedudukan orang Melayu kini semakin menuntut supaya UMNO dan Pas bermuafakat. Bagi merialisasikan perkara itu, satu gerakan kesedaran perlu digerakkan oleh dua parti yang menjadi tunjang bangsa Melayu itu. UMNO dan Pas perlu segera memadamkan dendam politik masing-masing yang sekian lama terpendam supaya pertemuan untuk rundingan dapat dilakukan dalam keadaan jiwa yang bersih.

Sumber: Utusan Melayu 15.7.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik